WaNNie

Ello Gurlfrendz n BoyFrenz...

Hello There....

WeLCoME to My Blog n heRe, we Can Share everything! We can share all about my books, other author books, our hobbies, favourite Movies n of course my latest news about my upcoming Novels...

hope we can Share a Great Thing here! Love U All, MMMMuuaaaHHH!!! ;-D

Orait then....

Thank You aLL....

WaNNie Nordin...

WaNNie Nordin...
tq for those who support me thru this journey... Thank You & love u!!!!!!

Me - The Author

Me - The Author

Nak Buku + Otograph? Here Then... ;-D

Teringin utk membeli seterusnya membaca buku hasil nukilan saya? Tetapi terasa malas, leceh dan tak ada masa hendak ke kedai buku? Ataupun dah berkali-kali pergi mencari tp tak jugak jumpa2? Here is the solution...

- Jimat Masa
- Jimat Minyak
- Jimat Duit
- Penghantaran Pos percuma!

* Yang Paling istimewa, setiap buku yang sampai ke rumah anda akan disertai dengan signature dari saya sendiri!!!*

Jika berminat, sila email details anda pada sy : 82annie@gmail.com atau klik saja di sini ya? Order Buku ... ataupun juz fill up the form below... ok, thank you very much!!!!

If anything curious, juz ask me... okedes!

*Noted: Hanya mereka y berada di sekitar sabah/Sarawak & Singapura sahaja yang akan dikenakan caj rm5 (Nk pos mahal la kt c2....) ;-D

Form BuKu

Name:
Email Address:
Contact Numb:
Address the books will be post:
which books do you want? She's Mine (RM 17)
Disember Cinta Kita (RM 27)
Aku Yang Terluka (RM 39)
Hingga Ke Disember (RM 24)

Click here to create your own form.

Sunday, August 14, 2011

terCipTa uNtuKku -bab 2-

“BYE…!!!”

Kedua-dua anak kecil itu melambai-lambaikan tangannya. Ketawa riang tika menghantar tetamu tersebut sehinggalah tamu itu hilang dari pandangan. Apabila pasti bahawa kereta Nissan Fairlady berwarna jingga itu sudah tiada, barulah kedua-duanya berlari masuk ke dalam rumah. Berlumba ingin melihat siapa yang terlebih dahulu menjejakkan kaki ke dalam rumah. Riuh-rendah apabila masing-masing tidak mahu mengalah. Bunyi suara dua orang ini saja sudah boleh mengalahkan suara berpuluh yang lain.

“Huda main tipu! Mimi belum kira Huda dah lari,” kata Nurul Aimee apabila kakaknya meraikan kemenangan.

“Mimi lembap! Mimi tembel! Mimi terkedek-kedek…” ejek si kakak pada adiknya. Tak cukup dengan suara mengejek, ditambah pula dengan mimik muka yang sengaja hendak menyakitkan hati.

Berasa berang apabila diejek, terus saja Nurul Aimee menolak kepala kakaknya. Dia berlari apabila Nurul Huda mengangkat tangan hendak memukul sebagai tindak balas. Mereka saling berkejaran dengan mulut masing-masing tak henti-henti mengejek satu sama lain.

“Diamlah! Bisingnya…!” Anum menjerit kuat apabila tidak tahan dengan suara bingit kedua-duanya.

“Memekak ajalah kau orang ni!” sekali lagi Anum menyergah. Menjerit-jerit macam pontianak! Nak pecah gegendang telinga ni menahan suara nyaring budak dua ekor ni.

Terkejut apabila disergah kuat, terus terdiam dua beradik tersebut. Mereka kemudiannya berlari mendapatkan ayah dan ibu mereka yang sedang duduk di ruang makan. Sekejap kemudian, muncul kedua-dua mereka sambil diiringi ayah dan ibu tersayang. Tak lupa juga adik kecil yang masih berada dalam dukungan ibunya. Baby lelaki yang sedang seronok menghisap puting di mulut.

“Danny dah balik ke?” soal Fazliana, kakak ipar Anum merangkap ibu kepada tiga anak kecil tadi.

Anum mengangguk. Sambil-sambil itu dia curi-curi memandang pada perut Fazliana yang sedang membuncit. Entah kenapa Anum berasa jelik pula melihatnya. Jelik bukan kerana tak suka hendak menerima kelahiran anak saudara yang baru, cuma baginya masanya terlalu cepat. Si kembar dua orang tu baru saja mencecah angka empat tahun, si Darwish yang berada dalam dukungan tu pun baru saja pandai belajar sendiri. Itupun masih lagi lesen L, gerak dua tiga langkah, jatuh. Selangkah dua menapak dah jatuh lagi. Belum berada dalam kategori lesen full untuk berjalan, sekarang ni abang dan kakak iparnya akan menimang cahaya mata yang baru lagi.

Apa salahnya jika mereka berehat dulu seketika untuk menimang cahaya mata? Apa salahnya jika tunggu sehingga budak-budak tiga ekor tu besar sedikit? Sudahlah perangai lasak si kembar Nurul Huda dengan Nurul Aimee tu pun tak terlarat nak control, nak jaga si Darwish lagi. Sekarang ini mahu ditambah seorang lagi? Kalau dibuatnya yang dalam perut tu pun kembar juga, macam mana? Dah macam anak ayam semuanya. Aduh… berderet-deret! Kut ya pun dua-dua subur sangat, berpada-padalah sikit. Bukannya tak ada cara nak merancang keluarga. Kahwin baru masuk lima tahun anak pun nak lima juga ke? Gelojoh betul la…

“Ibu, tadi Tisha marah… dia jerit kuat sangat macam hantu!” adu Nurul Huda pada ibunya sambil memandang Anum dengan wajah yang mencebik. Mulutnya sengaja dibentukkan panjang. Tisha – gelaran yang dipanggil oleh kedua-dua anak saudara pada Anum. Ti mewakili auntie, manakala Sha singkatan bagi Danisha. Digabungkan menjadi Tisha.

“Suara Huda dengan Mimi lagi kuat. Lebih kuat daripada suara pontianak!” Anum membalas kata-kata Nurul Huda sebentar tadi. Sambil itu dia turut menjelir lidah apabila Nurul Huda dan Nurul Aimee berbuat begitu padanya.

Fazliana hanya tersenyum melihat Anum yang seolah-olah tidak mahu mengalah walaupun hanya dengan budak yang baru berusia empat tahun. Umur sudah masuk dua puluh lapan, tapi perangai tak macam orang yang seusia dengannya. Tak boleh nak mengalah, kuat merajuk, sensitif dan paling utama panas baran. Walaupun baru beberapa tahun Fazliana menjadi kakak ipar Anum, namun dia sememangnya sudah memahami dan masak benar dengan segala perangai adik iparnya ini.

“Anum, duduk dulu ya? Abang nak keluar pergi kedai kejap,” Iqram Dzaify, abang sulung dan satu-satunya abang yang Anum ada, mengambil wallet dari meja kopi lalu dimasukkan ke dalam poket. Dia mendukung Nurul Aimee dan kemudian tangan kanannya memimpin pula Nurul Huda. Langkahnya kemudian diikuti oleh Fazliana di belakang.

“Kak Ana pun ikut sekali ke?” soal Anum apabila melihat Fazliana menuruti buntut abang Iqram.

Fazliana mengangguk.

“Kalau macam tu Anum tak payah tunggu sinilah. Anum balik terus,”

“Eh, tak tidur sini ke?” soal Iqram kehairanan.

Anum menggeleng. Terus saja dia bangun dari sofa lalu mencapai tas tangan. Nak tidur sini? Kirim salam!

“Laah, duduklah dulu. Kita orang keluar sekejap aja. Dah lama Anum tak balik sini. Akak pun rindu nak borak-borak panjang ni…” sampuk Fazliana pula.

Sekali lagi Anum menggeleng. “Lain kali Anum datang kita boleh borak lagi. Anum nak balik cepat, ada kerja…”

“Alah… janganlah balik lagi… tidur sini eh?” tambah Fazliana lagi.

“Tak naklah!” Anum masih lagi menggeleng.

“Kita orang nak keluar beli susu kejap aja. Sepuluh minit pun tak sampai. Tunggulah sekejap…” tambah Fazliana. Masih tidak berputus asa untuk memujuk Anum supaya duduk dengan lebih lama di situ. Baru saja dia hendak menambah ayat namun suaranya tak sempat keluar sudah dipotong oleh satu suara garau.

“Kalau dia tak nak, tak payah nak dipaksa-paksa!”

Satu suara muncul dari tengah rumah. Kesemua mata dihalakan pada kelibat lelaki yang sedang turun menuruni tangga dengan perlahan. Kedengaran batuk-batuk kecil yang mengganggu pergerakannya.

“Nak balik rumah bukan main payah, bila dah duduk sekejap langsung panas punggung!” kata lelaki itu lagi sambil mengurut sedikit dadanya. Sampai di bawah, terus saja lelaki berusia awal enam puluhan tersebut duduk di sofa. Tangannya mencapai remote control lalu dia menekan punat. Beberapa saat saja sudah kedengaran suara televisyen dimainkan.

“Orang kalau tak sudi nak balik rumah, dipaksa macam mana sekalipun dia tetap tak nak jugak,” katanya lagi.

“Aku pun tak paksa orang datang melawat aku kalau orang tu tak hingin!” tanpa melihat kepada batang tubuh orang-orang yang sedang berdiri memandang, lelaki tua itu terus saja tekun melihat siaran televisyen yang sedang memainkan berita jam sepuluh.

Anum mengetap bibir. Tahu siapa orang yang dimaksudkan oleh ayah itu. Anum kemudian berkalih memandang Iqram dan Fazliana. Kedua-duanya turut memandang ke arahnya. Diam tidak bersuara apa-apa.

“Belajar tinggi-tinggi, kerja pangkat besar, tapi dengan orang tua sendiri pun tak tahu nak jaga hati!” kedengaran suara bebelan tidak putus-putus lagi.

“Abang Iqram, kak Ana… Anum balik dulu la...” Anum berkata sedikit perlahan. Diketap bibirnya kuat. Bimbang sekiranya akan terus mendengar bebelan serta rungutan yang akan menambahkan rasa sakit hati sekiranya terus berlamaan di situ.

“Nantilah dulu, Num…” Iqram cuba untuk bersuara.

Tak apalah… Anum nak balik! Thanks for a lovely dinner,” Anum menyampuk dengan suara yang semakin mendatar. Cepat-cepat dia mengatur langkah keluar. Tak sempat-sempat nak bersalam dengan semua orang. Pasangan kembar yang menghulurkan tangan tanda mahu bersalaman juga langsung tidak dihiraukan. Tidak seperti selalu di mana lazimnya dia akan bersalaman dengan mereka, memeluk serta menguncup pipi kedua-duanya.

Kali ini dia tidak sempat melakukan itu semua. Yang dia tahu, dia hanya mahu cepat-cepat beredar dan keluar dari rumah tersebut. Dadanya berombak kuat. Panggilan Fazliana langsung tidak diendahkan. Terus saja dia melompat masuk ke dalam perut kereta dan dalam beberapa saat saja kereta Nissan Murano kelabu mengaum meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat tersebut.

Anum menekan punat radio lalu dikuatkan agar suara muzik dapat memenuhi segenap ruang. Mengharapkan agar suara radio yang berkumandang tersebut dapat menenangkan sedikit hati. Dia menjerit-jerit sekuat hati mengikut lirik lagu yang sedang dimainkan. Namun sayangnya cara itu tidak juga dapat menahan air mata dari terus mengalir. Sedu-sedan sudah mulai kedengaran. Matanya berkaca-kaca hinggakan mengganggu penglihatan untuk melihat ke arah jalan raya. Akhirnya kereta terpaksa dihentikan di tepi jalan raya. Anum menangis semahu-mahunya. Ditekap muka ke stering kereta lalu dia menjerit kuat.

Itulah! Aku dah cakap tak nak balik rumah tu. Kenapa balik jugak? Aku dah cakap tak payah sibuk-sibuk nak makan malam dekat situ. Pergi juga! Kan dah sakit hati?!

Ini semua Danny punya pasal!

Dari malam tadi sewaktu makan malam bersama, masuk pejabat pagi tadi sampailah ke petang, kerja si Danny tu tak ada lain asyik memujuk dia supaya pulang ke rumah untuk makan malam bersama dengan ayah dan abang Iqram. Katanya, mereka semua turut ingin meraikan berita gembira kenaikan pangkatnya.

Ah, itu semua alasan! Bukannya mereka semua tu gembira sangat. Buat-buat berlakon aja!

Puas dia menolak, puas dia berdalih, tapi bila Danny dah memaksa memang susah nak menolak. Katanya dia sudah berjanji dengan abang Iqram bahawa mereka berdua akan datang makan malam bersama di rumah. Urgh!! Pandai-pandai sangat membuat janji siapa suruh? Tak pasal-pasal aku jugak terpaksa mengikut. Apalagi bila sudah ditambah dengan mendengar suara Huda dan Aimee yang menelefon bertanyakan kehadirannya siang tadi. Terpaksalah dia mengalah. Dia terasa rindu juga nak berjumpa dengan si kecil dua orang tu. Mereka sajalah keluarga dia yang ada. Segarang-garang dia pun, si kenit dua orang tu tetap juga anak buah kesayangannya. Jadi, akhirnya dia setuju dan sanggup untuk pulang makan malam bersama.

Anum mengesat pipinya. Bukan dia sengaja tidak mahu balik. Dan bukannya dia tak ingin lagi hendak menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Di rumah itulah dia dibesarkan. Di rumah itulah terletak segala kenangan zaman kecilnya. Tetapi apabila mengenangkan ayah, termati langsung niatnya hendak balik menjenguk. Berat sungguh kakinya hendak melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Kenapa abang Iqram tak pindah saja dari situ? Bukannya dia tak ada duit. Gaji besar, pangkat tinggi. Takkanlah tak mampu nak beli rumah sendiri? Kata dah jadi doktor bedah, takkan tak boleh nak hidup berdikari dengan keluarga sendiri? Kalau abang Iqram duduk di luar kan bagus? Tak adalah susah dia hendak pergi melawat Huda dan Aimee. Tiap-tiap minggu pun dia sanggup datang bertandang. Ini dah ada anak bini pun masih nak tinggal serumah dengan ayah lagi. Dah besar panjang, dah jadi bapak orang pun masih tak boleh nak berenggang dengan ayah. Sepanjang masa asyik duduk bawah ketiak ayah.

Menyampah!

Agaknya kalau suruh pilih antara isterinya dengan ayah, belum pasti kak Fazliana akan menang. Belum pasti lagi abang Iqram akan pilih dia dan membelakangkan ayah. Abang Iqram tu memang anak ayah! Anak emas ayah! Bukan macam aku. Abang Iqram anak manja ayah dan aku pula anak yang tidak disukai ayah. Memang dari kecil sampailah mereka berdua dewasa, ayah memang tak pernah sayangkan aku seperti mana ayah sayangkan abang Iqram. Jangan kata sayang, entah-entah ayah sendiri malu nak mengaku yang aku ni anak dia!

Argh… kalau macam tu lain kali aku tak payah balik langsung. Ayah bukannya kisah pun. Abang Iqram ada, ayah peduli apa aku balik atau tidak.

Lepas ni jangan harap aku nak balik lagi!

Tak mungkin!

Never!

No comments:

Post a Comment