WaNNie

Ello Gurlfrendz n BoyFrenz...

Hello There....

WeLCoME to My Blog n heRe, we Can Share everything! We can share all about my books, other author books, our hobbies, favourite Movies n of course my latest news about my upcoming Novels...

hope we can Share a Great Thing here! Love U All, MMMMuuaaaHHH!!! ;-D

Orait then....

Thank You aLL....

WaNNie Nordin...

WaNNie Nordin...
tq for those who support me thru this journey... Thank You & love u!!!!!!

Me - The Author

Me - The Author

Nak Buku + Otograph? Here Then... ;-D

Teringin utk membeli seterusnya membaca buku hasil nukilan saya? Tetapi terasa malas, leceh dan tak ada masa hendak ke kedai buku? Ataupun dah berkali-kali pergi mencari tp tak jugak jumpa2? Here is the solution...

- Jimat Masa
- Jimat Minyak
- Jimat Duit
- Penghantaran Pos percuma!

* Yang Paling istimewa, setiap buku yang sampai ke rumah anda akan disertai dengan signature dari saya sendiri!!!*

Jika berminat, sila email details anda pada sy : 82annie@gmail.com atau klik saja di sini ya? Order Buku ... ataupun juz fill up the form below... ok, thank you very much!!!!

If anything curious, juz ask me... okedes!

*Noted: Hanya mereka y berada di sekitar sabah/Sarawak & Singapura sahaja yang akan dikenakan caj rm5 (Nk pos mahal la kt c2....) ;-D

Form BuKu

Name:
Email Address:
Contact Numb:
Address the books will be post:
which books do you want? She's Mine (RM 17)
Disember Cinta Kita (RM 27)
Aku Yang Terluka (RM 39)
Hingga Ke Disember (RM 24)

Click here to create your own form.

Tuesday, May 3, 2011

tercipta untukku - ProLoG

“ASSALAMUALAIKUM…”

Diam. Tiada terdengar sahutan.

“Assalamualaikum!”

Sekali lagi salam diberi. Kali ini dengan suara yang lebih kuat dan nyaring berbanding sebentar tadi. Namun hasilnya masih juga sama. Tiada sahutan yang kedengaran bagi menyahut panggilan salam itu. Tetap juga sunyi sepi sama seperti tadi. Walau sudah berkali-kali kata salam diberi, walau berkali-kali pintu rumah diketuk, namun ia tetap tidak mendatangkan apa-apa hasil. Rumah itu masih lagi sepi, sunyi serta diam tidak bernyawa menandakan bahawa ia kosong tidak berpenghuni.

“Hello… anybody here?”

Apabila soalannya itu tidak mendapat reaksi daripada penghuni rumah lantas saja dia menggaru kepala. Berpaling memadang pada gadis di sebelah yang sedang turut sama meninjau-ninjau di sebalik jendela rumah yang tertutup rapat.

“Ad… are you sure this is the house?”

Laju saja kepala diangguk.

“Really?”

Sekali lagi mengangguk. Tanda pasti dengan anggukan pertama yang diberikan sebentar tadi.

“Habis tu kenapa macam tak ada orang pun dalam rumah ni… dah panggil berkali-kali, tak ada siapa yang keluar. Bagi salam pun tak ada siapa yang menyahut. Aku rasa tak ada orang yang tinggal dekat dalam rumah ni la…”

Wajah gadis yang kurus tinggi serta putih melepak itu dipandang sekilas. Kepala digelengkan. Tanda tidak bersetuju dengan kata-kata gadis itu. Masakan tiada orang yang tinggal di sini? Dia baru saja ke sini tempoh hari. Makan, melepak, tidur, mandi dan macam-macam lagi di sini. Bersama-sama dengan tuan punya rumah ini. Jadi, sudah tentunya rumah ini berpenghuni. Mungkin penghuninya sedang tidur. Kerana itu dia tidak mendengar kata salam yang diberi sebentar tadi. Atau mungkin juga dia keluar. Keluar sebentar ke kedai barangkali…

“Dia keluar pergi kedai kut,” lantas apa yang terlintas di kepala dilontarkan.

Terdengar keluhan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Pergi kedai apa? Takkan hari-hari setiap kali kita datang dia ke kedai? Semalam kita datang, dia tak ada rumah, kelmarin pun sama. Dan hari ni kita datang pun takkan dia keluar pergi kedai jugak. Fikir logik sikitlah Ad… dia bukan pergi kedai. Dia memang tak ada dekat sini. Rumah ni tak ada orang duduk…”

“Aku cakap ada, maknanya adalah Mel… kalau rumah ni tak ada orang duduk, habis tu yang aku datang sini dulu tu dengan siapa? Dengan hantu?”

Sekali lagi gadis itu mengeluh. Kali ini dia pula yang menggeleng-gelengkan kepala.

Mereka saling menjeling antara satu sama lain. Di dalam hati masing-masing terlintas rasa tidak puas hati. Kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza tentang keadaan rumah yang sedang terbiar sunyi itu. Yang seorang mengatakan bahawa rumah tersebut sememangnya kosong tidak berpenghuni manakala yang seorang lagi tetap juga dengan pendirian sebaliknya. Berkali-kali menegaskan bahawa tuan punya rumah itu pastinya akan muncul untuk menjawab segala persoalan.

“Assalamualaikum!!” untuk kesekian kalinya salam diberi. Sambil-sambil itu tangan kembali mengetuk pintu rumah. Berkali-kali sambil mengharapkan agar kali ini ada sahutan yang menyambut panggilan tersebut. Sesekali meninjau disebalik jendela yang tertutup rapat.

“Aduh…. Manalah dia pergi ni?”

Di dalam hati dia mengeluh. Mengesat sedikit peluh di dahi sambil mengetap bibir. Segala perasaan bercampur-baur di dalam hati. Rasa geram pun ada, rasa sedih dan marah semuanya menyelinap masuk. Sampai bila dia harus bersabar dan menunggu sehingga orang yang dicari itu muncul. Kesabarannya sudah benar-benar berada di tahap maksima sekarang ini. Sudah tidak boleh ditahan dan disabarkan lagi. Tak kira macam mana, orang tu harus keluar dan tunjukkan diri. Apa nak jadi pun, jadilah!

Sememangnya orang yang dicari itu harus muncul semula. Harus keluar dan harus berdiri di hadapannya serta sahabatnya itu. Kerana dengan kehadirannya sahajalah yang akan membuatkan segala apa yang dipertikaikan selama ini terungkai. Segala persoalan yang diajukan selama ini akan terjawab dan segala tanda-tanya yang melanda sebelum ini akan berakhir. Ya, sememangnya orang itu harus muncul dan menjawab segala-galanya! Wajib!

Dia mahu Melinda tahu bahawa dia tidak berdusta. Dia mahu Melinda melihat sendiri dengan mata kepalanya bahawa dia tidak mereka-reka cerita. Dia sememangnya pernah ke sini. Dia memang pernah masuk ke dalam rumah ini dan dia memang mengenali orang yang tinggal di dalam rumah ini. Dia mahu orang itu keluar dan membuktikan bahawa segala kata-katanya itu benar dan asli. Sememangnya ada orang yang tinggal di dalam rumah ini.

Namun hakikat selain dari untuk membuktikan pada Melinda ialah dia mahu mencari bukti bagi dirinya sendiri. Dia juga perlukan jawapan yang pasti. Dia juga mahukan kebenaran yang asli. Benar atau tidak, dia mahu tahu segalanya hari ini juga. Sudah tidak mahu menunggu lagi. Letih… dia sudah letih hendak menegakkan sesuatu yang sedikit demi sedikit seakan-akan memakan dirinya sendiri. Dia mahu orang itu keluar dan mengesahkan bahawa dia tidak gila! Dia tidak gila apabila menyatakan bahawa orang itu wujud dan hidup!

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

Nah! Kali ini salam tersebut menerima sahutan. Akhirnya… setelah berhari-hari ke sini, setelah berkali-kali pulang dengan rasa hampa, akhirnya kali ini kehampaan itu akan berakhir. Akhirnya…

Mereka memalingkan wajah. Memandang pada kelibat orang yang menyahut salam tersebut. Masing-masing memandang dengan wajah yang penuh mengharap. Mengharap agar kali ini biarlah orang yang berada di hadapan mereka akan menyelesaikan segala-gala masalah yang melanda selama ini. Pada hari ini, segala yang ditunggu-tunggu akan terlerai dan diselesaikan pada hari ini juga. Akhirnya, orang itu muncul semula. Muncul untuk memastikan bahawa apa yang diperkatakan selama ini adalah benar dan yang lebih penting lagi muncul untuk membuktikan bahawa dia sememangnya wujud dan bernyawa di bumi ini!