WaNNie

Ello Gurlfrendz n BoyFrenz...

Hello There....

WeLCoME to My Blog n heRe, we Can Share everything! We can share all about my books, other author books, our hobbies, favourite Movies n of course my latest news about my upcoming Novels...

hope we can Share a Great Thing here! Love U All, MMMMuuaaaHHH!!! ;-D

Orait then....

Thank You aLL....

WaNNie Nordin...

WaNNie Nordin...
tq for those who support me thru this journey... Thank You & love u!!!!!!

Me - The Author

Me - The Author

Nak Buku + Otograph? Here Then... ;-D

Teringin utk membeli seterusnya membaca buku hasil nukilan saya? Tetapi terasa malas, leceh dan tak ada masa hendak ke kedai buku? Ataupun dah berkali-kali pergi mencari tp tak jugak jumpa2? Here is the solution...

- Jimat Masa
- Jimat Minyak
- Jimat Duit
- Penghantaran Pos percuma!

* Yang Paling istimewa, setiap buku yang sampai ke rumah anda akan disertai dengan signature dari saya sendiri!!!*

Jika berminat, sila email details anda pada sy : 82annie@gmail.com atau klik saja di sini ya? Order Buku ... ataupun juz fill up the form below... ok, thank you very much!!!!

If anything curious, juz ask me... okedes!

*Noted: Hanya mereka y berada di sekitar sabah/Sarawak & Singapura sahaja yang akan dikenakan caj rm5 (Nk pos mahal la kt c2....) ;-D

Form BuKu

Name:
Email Address:
Contact Numb:
Address the books will be post:
which books do you want? She's Mine (RM 17)
Disember Cinta Kita (RM 27)
Aku Yang Terluka (RM 39)
Hingga Ke Disember (RM 24)

Click here to create your own form.

Sunday, August 14, 2011

terCipTa uNtuKku -bab 1-

CONGRATULATIONS!!!

Terdengar tepukan yang bertalu-talu diiringi dengan ucapan tahniah sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam bangunan dua tingkat tersebut. Tak habis-habis tepukan gemuruh diberikan oleh kesemua mereka yang berada di situ. Begitu juga dengan ucapan tahniah yang datang tak putus-putus.

Congrats Ad! Lepas ni you jangan lupa open table tau…” tangan dihulurkan sebagai tanda ucapan tahniah serta diiringi dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir.

Dia yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga lambat-lambat mengangkat tangan dan menyambut huluran salam tersebut. Namun begitu, dibibirnya tetap juga terselit senyuman lebar. Dengan mata yang membulat, dia memandang Melinda yang berada di sebelah. Gadis itu turut tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan berulang-ulang kali.

“Ad… janganlah besarkan biji mata tu lama-lama… bukan main terbeliak lagi!” usik Melinda.

“Kau sepatutnya kena control cun! Berikan satu ekspresi muka yang sangat ayu dan cantik bagi seorang vice president yang sedang diraikan sekarang ni…” kata Melinda lagi disertai dengan ketawa kecil apabila melihat wajah sahabatnya yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.

Is this for real? Atau you all sengaja nak main-mainkan I ni?” katanya dengan rasa tidak percaya yang masih berbaki. Seboleh-bolehnya dibulatkan anak mata tanda tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

“Hei… nak main-mainkan apa pulak? Babe… Kalau benda lain maybe… tapi benda besar macam ni, seriously… you ingat rajin sangat ke semua orang dalam ofis ni berpakat nak berlakon time petang-petang macam ni?” Kali ini Melinda pula membulatkan matanya yang sepet itu.

Dia menyengih. Betul juga kata-kata Melinda tu. Lantas, pandangannya dihalakan pada kain rentang yang terbentang tinggi di dinding pejabat. Ternyata, memang benar dia tidak bermimpi. Percaya atau tidak, kain rentang berwarna putih tersebut dengan jelas tertulis namanya – Anum Danisha – sebagai naib pengerusi syarikat yang baru. Satu jawatan yang sememangnya menjadi rebutan selama ini!

Lama dia memerhatikan kain rentang yang dihiasi tulisan berwarna-warni tersebut. Tidak berkelip-kelip. Dan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit rasa tidak percaya mulai menghilang dan rasa gembira pula mulai bertambat di dalam hati. Ternyata dia tidak bermimpi. Sesungguhnya jelas dan nyata, bahawa jawatan yang diidam-idamkan selama ini akhirnya berjaya berada di dalam genggaman. Wah! Seronoknya!!!

“Kejap lagi Danny akan buat official announcement depan semua staff. After that it’s your turn to make a first speech as our new vice president,” kata Melinda lagi dengan muka yang tersengih-sengih. Nampak benar yang gadis itu juga teruja dan seronok dengan berita tersebut. Walaupun bukan dirinya yang terpilih untuk mengisi jawatan panas tersebut, namun sebagai teman rapat lagi kamceng dengan Anum, sudah tentu dia turut menumpang rasa gembira dan seronok. Kalau sekali tengok, nampak macam Melinda pula yang terlebih exited daripada tuan punya badan. Minah ni, memang selalu over excited!

“Ha... tu Danny dah ready nak buat pengumuman!” jerit Melinda teruja ketika melihat ketua mereka sedang bersiap sedia membetulkan tali leher dan mengangkat tangan sebagai tanda meminta kesemua yang ada supaya diam dan memberikan ruang untuknya bercakap.

“Ladies and gentleman… as you know since we decide to restructure our company, jawatan untuk vice president memang sengaja dikosongkan dahulu buat sementara untuk memberi I masa memilih calon yang terbaik. I tahu jawatan ini sangat panas dan selagi I tak decide nak pilih siapa, selagi itu hidup you all semua tak tenteram kan? Nak tidur pun tak lena, mandi pun tak basah, cuma makan saja yang masih berselera. Especially kalau ada makan free macam hari ni kan…”

Mereka semua ketawa mendengar jenaka yang diucapkan oleh ketua mereka itu.

Danny menyambung kembali, “Bukan senang untuk I pilih seorang di antara semua yang ada di sini. You all semua bagus dan ada potensi masing-masing. But in the end I have to choose, right? Nak tak nak, I kena buat juga satu keputusan. So I harap bagi mereka yang tidak terpilih tu janganlah sakit hati atau merajuk… setakat nak marah-marah sayang tu bolehlah…”

Sekali lagi mereka ketawa kecil.

“Tak terplilih doesn’t mean that you tak bagus. Mungkin nasib saja yang tidak menyebelahi. Semua yang ada di sini adalah yang terbaik. Tak kisahlah sama ada you ni kerani, eksekutif ataupun sekadar pembantu pejabat, tapi bagi I semua staff-staff I adalah bagus dan berwibawa,” Amboi… manis sungguh kata-kata ucapan itu. Tersenyum-senyum dan terangguk-angguk kesemua yang sedang tekun mendengar.

So I just pick someone best from the best. Jadi sekarang, untuk tidak membuang masa… I announce you our vice president, Miss Anum Danisha. Please give a big clap for her…” satu tepukan yang agak gemuruh kedengaran sebaik saja nama Anum Danisha diumumkan.

Ahmad Dhani, atau selama ini lebih senang dipanggil Danny oleh kesemua mereka di pejabat, mendepangkan tangannya lalu memberi isyarat kepada Anum supaya menghampirinya. Walaupun dengan perasaan yang berdebar-debar, Anum tetap tersenyum lebar lalu mengatur langkah yakin mendapatkan Danny. Huluran salam tahniah dari lelaki itu disambut mesra lalu lelaki itu beralih sedikit ke tepi. Memberi peluang pula pada Anum untuk memberi sepatah dua kata sempena kenaikan pangkatnya ini.

Thank you… thank you…!”

Anum menjerit sedikit bagi melawan bunyi sorakan dan tepukan yang tak putus-putus dari teman-teman sepejabat. Di bibir pula masih tak putus-putus terukir senyuman yang lebar bagi menzahirkan rasa gembira dan bangga yang terbit di dalam hati.

“What can I say ya? Hmmm…” Katanya ketika suasana sudah mulai aman bagi memberi ruang untuk dia bersuara. Anum sedikit mengumam dan menunduk memandang lantai. Digenggam erat jari-jemari yang mulai basah menahan gemuruh. Mencari-cari ayat yang wajar diucapkan di hadapan semua yang sedang memerhati ketika ini. Suasana sunyi seketika.

“Oh my god… I’m speechless! First time I rasa takut nak tengok muka you all sekarang ni,” kata Anum sambil disambut dengan tawa kecil mereka yang lain. Dia juga yakin yang wajahnya ketika ini pastinya sudah mulai kelihatan merah menahan gemuruh dan berulang-ulang kali dia terpaksa menarik nafas panjang dan dalam bagi meredakan rasa berdebar di dalam hati. Tangan juga berkali-kali mengurut dada dan menggaru-garu kepala.

Anum yang jarang sekali mempunyai darah gemuruh boleh pula secara tiba-tiba berasa berdebar-debar dan tidak dapat berkata-kata. Mungkin ia disebabkan oleh rasa terkejut dengan berita ini secara tiba-tiba. Selama ini, dia memang tidak pernah terfikir bahawa jawatan tersebut akan menjadi miliknya. Dikejutkan tiba-tiba dengan berita gembira sebegini, ternyata membuatkan lidahnya kelu dan otak rasa tersumbat untuk berfikir apa-apa sekalipun.

Apabila debaran dapat dikawal sedikit, barulah dia boleh mulai bersuara, “Oklah… firstly I really need to say thank you very much to you, Danny…” tangan dihalakan pada lelaki yang segak berbaju kemeja biru muda yang berdiri tidak jauh darinya. Hanya beberapa tapak saja jaraknya.

Thank you for believing me and also because giving me this big opportunity to prove myself. I janji Danny, I will make you proud and will never let you down. I promise! So once again, thank you sooo much…” tak putus-putus Anum memberikan ucapan terima kasih. Sesungguhnya dia memang amat berterima kasih pada Danny kerana telah memberikan kepercayaan sebegini besar padanya.

Senyuman yang paling lebar Anum hadiahkan pada lelaki itu. Danny turut membalas senyumannya itu sambil sempat juga memberikan satu kenyitan nakal. Membuatkan Anum ketawa kecil. Sempat lagi mamat ni… tak malu ke budak-budak ofis ni nampak kenyitan miang dia tu…

And for you guys…” lantas ucapan Anum bertukar arah kepada teman-teman sejawatnya yang lain pula.

“I harap sangat kita akan dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi lepas ni,” Ramai yang mengangguk mendengar kata-kata tersebut.

“Semoga dengan kerjasama kita, company ini akan bertambah maju, bertambah success dan InsyaAllah akan berkembang dengan lebih pesat. Sebab I percaya, kalau company bagus, kebajikan pekerja pun akan bagus dan gaji semua orang pun akan bertambah-tambah bagus! Right? And hopefully biarlah syarikat saja yang bertambah maju dan berkembang tau, jangan badan masing-masing pula yang bertambah kembang!” Anum cuba untuk berseloroh sedikit dan ternyata gurauan tersebut disambut dengan tawa kecil oleh mereka semua.

“Ok, I rasa itu sajalah… I tahu semua orang pun dah tak sabar-sabar nak makan ni. Bau satay pun dah menusuk-nusuk hidung ni… So, please enjoy your meal. Thank you…” Anum terus saja mengakhiri ucapannya yang ringkas dan sekali lagi dia diberikan tepukan gemuruh oleh kesemua mereka yang berada di situ. Cepat-cepat Anum beredar dan terus mendapatkan Melinda yang berdiri di tengah-tengah para pekerja yang mulai sibuk hendak menjamu selera. Sesekali langkahnya terhenti apabila ada yang menyapa dan memberi ucapan tahniah.

“Itu aja? Is that the best thing I can hear from someone yang baru saja dinaikkan pangkat jadi naib pengerusi syarikat? I was expecting more than that, Ad!” kata Melinda sedikit tercengang apabila Anum sampai mendapatkannya.

Anum ketawa. Turut menggeleng-gelengkan kepala.

Well, what else can I say? I terkejut gila, babe! I tak sangka Danny akan pilih I. I though he will choose Big. Mati-mati I ingat I kalah dengan budak India tu…” balas Anum bagi menerangkan tindakannya yang memberi ucapan ringkas sebentar tadi.

Dalam keadaan terkejut, memang tiada satu ayat pun yang mampu untuk difikirkan bagi diucapkan dihadapan berpuluh-puluh orang yang sedang menumpukan sepenuh perhatian sebentar tadi. Lainlah sekiranya dia sudah diberitahu terlebih dahulu. Pastinya awal-awal lagi dia akan menyediakan sebuah ucapan yang lebih baik berbanding tadi. Silap-silap haribulan, sampai setengah jam pun belum tentu ucapannya akan berakhir. Agaknya itu sebablah Danny tak nak beritahu awal-awal terlebih dahulu. Mungkin dia tahu yang semua orang akan bosan mendengar ucapannya yang panjang-lebar. Termasuklah Danny sendiri.

“Tak sangka? Yelah tu…” Melinda mencebir sedikit.

“I ni awal-awal lagi dah jangka you yang akan dipilih. Between you and Big, takkanlah Danny sanggup nak lupakan you. Tak mungkin…” tangkis Melinda menggeleng sedikit sambil meneguk minuman. Dia mengangkat sedikit keningnya lalu memberi isyarat mata bahawa ada seseorang yang sedang menghampiri mereka.

Hai girls…” terdengar suara Danny menegur mereka berdua.

“Hai Bos…” Melinda mendahului Anum membalas sapaan lelaki itu.

“I nak ucapkan terima kasih pada bos sebab belanja satu ofis makan percuma hari ni. Ada satay, ada kek, kuih, buah-buahan dan macam-macam lagilah! Untungnya kalau jadi orang kesayangan bos ya? Jelous I…” kata Melinda dengan tersengih nakal sengaja hendak mengusik.

Danny hanya ketawa kecil tanpa membalas usikan tersebut sebelum Melinda kemudiannya terus saja meminta diri dengan alasan hendak mengambil makanan. Mungkin dengan niat sengaja hendak meninggalkan Anum dan Danny berdua sahaja.

Surprise?” soal Danny sebaik saja Melinda melangkah meninggalkan mereka.

Anum mengangguk laju.

Really surprising me… kenapa you tak cakap awal-awal masa kita balik dari meeting tadi? Sampai ofis saja semua orang dah ready, buat I terperanjat aja tau…” kata Anum sambil menjeling sedikit. Menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan lelaki itu tidak memberitahu awal-awal tentang berita kenaikan pangkat ini. Masakan Danny tidak tahu? Jawatan inikan dia sendiri yang pilih, jadi sudah tentu juga dia tahu bahawa mereka semua sedang menunggu mereka pulang dari mesyuarat bagi meraikannya bersama-sama.

“Saja… I memang nak buat kejutan untuk you…” Danny membalas sambil tersenyum-senyum.

“You buat surprise sampai I jadi tak boleh nak bercakap tau! Nasib baik I tak pengsan. Buat malu aja semua orang tengok I terpinga-pinga tadi…”

Danny ketawa kecil. “I think you doing great just now, Ad… At least dapat juga semua orang dalam ofis ni tengok macam mana singa betina yang garang selama ni tiba-tiba boleh jadi kelu tak boleh nak bercakap apa-apa bila dalam keadaan terperanjat…”

Sekali lagi Anum menjeling. Tetapi kali ini disertai dengan mulut yang terjuih sedikit. Dia mencebik. Sedikit terasa dengan kata-kata Danny sebentar tadi. Singa betina – satu gelaran yang sering kali dia terdengar diucapkan oleh para pekerja di situ. Gelaran yang sama sekali tidak disukai olehnya. Iyalah, siapa yang suka jika digelar begitu, kan? Semua orang pun tak suka! Menyampah betul bila mendengar mereka memanggilnya dengan gelaran sedemikian. Singa betina? Tengoklah nanti, kalau aku bertukar jadi singa betul-betul lepas tu baham seorang demi seorang, baru tahu!

“So, dinner at eight tonight?”

Anum memandang Danny dengan ekor mata. Baru saja lelaki itu membuatkan hatinya terasa tadi, tetapi sekarang hendak mengajak dia keluar makan malam pula. Tak hingin…

Anum menggelenggkan kepala. Tanda tidak menerima pelawaan Danny untuk makan malam bersama.

“Kenapa? Takkan you tak sudi nak keluar makan dengan I bila dah jadi vice president ni?” soal Danny lagi dengan sedikit nada perli.

Anum memandang Danny sekilas lalu menjeling tajam. “I baru jadi vice presiden. Kalau nak eksyen dengan you pun, tunggulah I gantikan tempat you sebagai president company ni nanti…”

Danny ketawa kecil. Kepalanya terangguk-angguk sedikit. “Kalau you nak jadi president mungkin agak mustahil, tapi kalau you teringin nak jadi isteri kepada presiden, peluangnya memang seratus-peratus cerah…”

“Alamak… ni dah mula dah ni…” balas Anum perlahan sambil memanjangkan leher ingin mencari kelibat Melinda. Kata-kata Danny sebentar tadi sudah mula membuatkan dia ingin angkat kaki dari situ.

“So I ambik you pukul lapan malam ni? Kita celebrate sama-sama sempena you naik pangkat,” sekali lagi Danny mengajak.

Dan sekali lagi juga Anum menggeleng. “Nothing to celebrate, Danny… kita dah buat makan-makan dekat ofis ni pun dah cukup. Tak payah nak keluar makan lagi. Wasted,”

“No… no! I insist… kalau bukan nak celebrate apa-apa pun I memang nak ajak you keluar makan malam ni. I pick you up ok?”

“Danny…”

Baby….” Belum sempat Anum hendak bercakap, suaranya sudah dipotong oleh Danny. Dengan pandangan yang tajam dia memandang wajah Anum.

“I ambik you pukul lapan. No excuse! I dah book dinner untuk kita malam ni,

Anum memandang wajah Danny. Begitu juga sebaliknya. Mereka saling memandang wajah masing-masing. Beberapa saat adegan pandang-memandang itu berlaku. Seperti sedang bertarung siapa yang akhirnya akan mengalah terlebih dahulu dan ternyata, akhirnya Anum juga yang terpaksa mengalah. Tidak mampu hendak melawan pandangan mata Danny yang tajam-menikam itu.

“Oklah… you are my boss, right?” kata Anum tanda kekalahan.

“Kang kalau I melawan, tak pasal-pasal kena tarik balik pulak pangkat yang I baru nak merasa ni…”

Tersengih-sengih Danny apabila mendengarkan kata-kata dari mulut Anum itu. Dia tersenyum lebar tanda berpuas hati apabila Anum terpaksa mengalah dengan renungan tajam darinya sebentar tadi. Dan pastilah senyuman lebar itu juga disebabkan kerana Anum akhirnya terpaksa mengalah dengan pelawaannya untuk makan malam bersama malam nanti. Sekeras-keras nak menolak pun terpaksa menurut juga akhirnya…

So can I leave now? Perut I dah berbunyi minta diisi. Takkan nak suruh I puasa sampai kita keluar malam ni kan? You pergilah layan staff-staff yang lain. Nanti dia orang ingat singa betina ni dah rantai kaki you sampai tak boleh nak pergi tegur orang lain pulak,” kata Anum masih diselangi dengan jelingan tajam. Entah kenapalah dia seringkali kalah dengan renungan tajam lelaki itu. Selalu nak bertahan dan melawan, tapi sampai sekarang masih belum mampu. Memang sejak dari dulu.

“Ok. See you tonight then…” lelaki itu membalas lembut. Sempat lagi mengenyit nakal. Namun Anum membalas dengan wajah yang penuh bersahaja. Tiada berereaksi. Seolah-olah tidak berperasaan. Jangan kata nak berbalas senyuman, kelip mata pun tidak. Berdiri tegak macam batang pokok yang kekeringan daun. Toyer je muka…

Danny berlalu dengan senyuman yang masih basah menghiasi bibir. Anum hanya memerhatikan dengan ekor mata melihat ketuanya itu berjalan menghampiri sekumpulan pekerja yang lain lalu berbual-bual dengan mereka. Ramah dia menegur dan selang beberapa saat, kesemua mereka bersorak dan masing-masing ketawa besar. Entah apalah agaknya yang dikatakan oleh Danny hinggakan mereka semua terasa lucu dan ketawa mengekek-ngekek. Satu situasi yang bukannya jarang untuk dilihat. Memang benda yang tidak asing lagi pada penglihatan Anum.

Memang Anum terpaksa mengakui yang Danny itu begitu mudah sekali hendak bermesra dengan sesiapa sahaja. Kita campaklah dia di mana saja, bukan perkara sukar untuknya mendekati sesiapa dan dalam lima minit sahaja, pasti kita akan menjadi rapat dengannya. Ada saja topik yang boleh membuatkan orang membuka mulut dan bercerita. Dan memang begitulah juga keadaannya ketika di pejabat. Kalau dia ada dekat pejabat, memang rajin sangat ajak orang berbual. Kalau bukan soal kerja, soal lain pun tak jadi masalah. Apa saja, dia boleh bercakap mengenainya.

Mengenali Danny, bagi Anum lelaki itu biasanya lebih bersifat seperti seorang kawan berbanding seorang ketua. Dengan mana-mana pekerja dia boleh bergurau dan melepak bersama. Dia seorang yang sangat berfikiran terbuka, peramah dan sentiasa suka membantu. Very friendly and down to earth. Mungkin disebabkan itulah ramai pekerja yang boleh bertahan lama bila bekerja di sini. Ada yang bekerja sejak dari awal penubuhan syarikat ini dan sehingga kini sudah enam tahun masih lagi setia menabur bakti. Ahmad Dhani Bin Mazlan – bos yang sentiasa merendah diri dan menjaga setiap kebajikan pekerja. Oh lupa nak cakap dekat pangkal Mazlan tu patutnya ada perkataan Dato’. Bukan Mazlan, tapi Dato’ Mazlan, ok? Walaupun anak orang berada, tak pernah berlagak. Cool aja orangnya. Jarang ada majikan seperti dia di dunia realiti di luar sana kan?

Cuma satu saja yang Anum tak berapa berkenan dengan sikap Danny tu. Dia seorang yang jarang bersikap serius. Seringkali menganggap semua perkara adalah remeh dan mudah. Baik soal peribadi mahupun melibatkan kerja. Ada pernah sekali tu, salah-seorang pekerja telah menyebabkan syarikat kehilangan projek yang bernilai berpuluh ribu, namun sikit pun Danny tak marah. Dia hanya menegur sedikit, memberi nasihat dan kemudian langsung tidak membuka cerita itu lagi. Sakitnya hati! Macam tu aja? Bagi Anum, pekerja yang cuai dan lalai begitu seharusnya diajar sedikit. Mereka harus dimarah, diherdik dan ditengking, barulah mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi. Paling ringan pun mereka seharusnya menerima surat amaran tentang prestasi kerja.

Tapi Danny? Danny tak ambil pusing tentang itu semua. Dia tak kisah langsung pun. Baginya semua benda tu tak penting. Jika ada rezeki, adalah… jika tidak, nak buat macam mana? Mungkin dah jadi rezeki orang lain. Kalau tak dapat projek tu pun bukannya syarikat ini akan muflis. Tak dapat pun tak apa. Tak heran… Ah, pemikiran anak orang kaya. Begitulah agaknya… semua benda dia boleh dapat dengan petik jari saja. Kalau syarikat ni tak dapat bawa masuk projek pun tak apa, bapak dia boleh tolong suntikan duit. Apa nak ditakutkan? Bila-bila masa saja Dato’ Mazlan iaitu bapa kepada Danny boleh menghulurkan seberapa banyak bantuan kepada anak lelaki sulungnya itu. Mejar bersara la katakan… duit pencen pun tak terhabis. Setakat nak tolong anak sendiri sepuluh dua puluh ribu tak mendatangkan kesan apa-apa pun dalam akaun orang tua tu…

Kerana itulah Danny tidak pernah serius. Kalau aku, dah lama pekerja tu kena maki. Kalau nasib tak baik, kena buang kerja terus! Tak reti buat kerja, nak simpan lama-lama buat apa lagi? Hai… nasib baiklah Danny tu bos. Kalau syarikat ni aku yang punya, dengan Danny sekali aku pecat…

No comments:

Post a Comment