WaNNie

Ello Gurlfrendz n BoyFrenz...

Hello There....

WeLCoME to My Blog n heRe, we Can Share everything! We can share all about my books, other author books, our hobbies, favourite Movies n of course my latest news about my upcoming Novels...

hope we can Share a Great Thing here! Love U All, MMMMuuaaaHHH!!! ;-D

Orait then....

Thank You aLL....

WaNNie Nordin...

WaNNie Nordin...
tq for those who support me thru this journey... Thank You & love u!!!!!!

Me - The Author

Me - The Author

Nak Buku + Otograph? Here Then... ;-D

Teringin utk membeli seterusnya membaca buku hasil nukilan saya? Tetapi terasa malas, leceh dan tak ada masa hendak ke kedai buku? Ataupun dah berkali-kali pergi mencari tp tak jugak jumpa2? Here is the solution...

- Jimat Masa
- Jimat Minyak
- Jimat Duit
- Penghantaran Pos percuma!

* Yang Paling istimewa, setiap buku yang sampai ke rumah anda akan disertai dengan signature dari saya sendiri!!!*

Jika berminat, sila email details anda pada sy : 82annie@gmail.com atau klik saja di sini ya? Order Buku ... ataupun juz fill up the form below... ok, thank you very much!!!!

If anything curious, juz ask me... okedes!

*Noted: Hanya mereka y berada di sekitar sabah/Sarawak & Singapura sahaja yang akan dikenakan caj rm5 (Nk pos mahal la kt c2....) ;-D

Form BuKu

Name:
Email Address:
Contact Numb:
Address the books will be post:
which books do you want? She's Mine (RM 17)
Disember Cinta Kita (RM 27)
Aku Yang Terluka (RM 39)
Hingga Ke Disember (RM 24)

Click here to create your own form.

Thursday, January 5, 2012

KAU ANTARA BINTANG


NOvel saya yang ke-5, Kau Antara Bintang...

Iskandar, macam nama yang dah biasa dengar. Tak ada apa-apa yang istimewa pun, nothing special! apa yang spesialnya, nama Iskandar itu maksudnya nama seorang raja kalau merujuk dalam Islam. Dan Iskandar muncul dalam hidup Anum Danisha sebagai raja di hati Anum Danisha. Tak perlu Iskandar susah-susah pasang umpan, mudah saja Anum Danisha terpikat.

Tapi masalahnya sekarang, Iskandar yang Anum Danisha gila-gilakan ini suka main nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat orangnya. Bila dicari, langsung tak jumpa. Bila tak dipanggil, tahu-tahu dah ada depan mata. Iskandar ini manusia ke hantu? Orang ke Bunian? Human or Vampire?

"Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha"

Iskandar yang pelik. Bintang pun dia sanggup namakan dengan nama Anum Danisha. Tapi, itulah kenyatannya.

Persoalannya sekarang, apa yang berlaku antara Iskandar dan Anum Danisha, realiti atau fantasi? Siapakah sebenarnya Iskandar di mata Anum Danisha? wujudkah Iskandar yang dimaksudkan? Bersambutkah cinta yang dirasai oleh Anum Danisha? Akana adakah bintang yang bakal menyinar antara mereka?

Wednesday, November 30, 2011

my new baby....!!!

baby... baby... baby ooohhh....

huhuhuuuu... alhamdulillah, my incoming novel will be in the market soooooon! can't wait to see my baby... ahaks!

latest nyer novel ni diberi tajuk 'kau antara bintang'. Kenapa bintang? Jawapannya ialah kerana... ops! kena baca baru tahu jawapannya! ngeh...ngeh...ngeh...

hopefully sgt2 latest novel ni akan membuat pembaca2 sume berasa seronok&puas hati. Kali ini saya cuba tulis ala-ala misteri romantik gitu, harap2 menjadi!

Ok, saya sendiri teruja ni nak tunggu kemunculannya, tak lama aje lg, mybe dlm bulan Disember ni kut, InsyaAllah...

(Skang ni layout dia mcm mana pun sy tak tahu, doa sgt2 agar cover dia cantex, menarik&bisa menarik perhatian anda2 sume) mudah-mudahan...

Friday, September 9, 2011

Hadiah Hari RaYa a.k.a PreSent BirThDaY

It's been over a week kita celebrate hari raya erk? Harap2 uollss nyer sambutan raya thn ni meriah n happy la hendaknya... my hari raya biasa saja, mcm thn2 y lps... cuma bezanya ialah this year saya beraya sebagai si 'yatim piatu' coz my ayah da selamat menghembuskan nafas terakhirnya seminggu sblm sambutan hari raya berlangsung... dan dua bulan sblmnya, ayah mertua saya yang terlebih dahulu 'pergi' masa hari israk mikraj tempoh hari.

Jadi, boleh dikira 'yatim piatu kuasa dua ke erk? =~) xpelah, itu semua qada'&Qadar, y hidup ttp akan pergi juga, kita yang tinggal ni byk2lah sedekahkan doa utk mereka di sana n harap2nya uollss sume pun sudi nk sedekahkan al-fatihah pada kedua-dua ibu bapa&bapa mertua saya... Terima kasih in advance kalau sudi... ;-p

Oklah, perbezaan plg ketara hari raya thn ni ialah pertama kali dlm sejarah, sy dpt hadiah biskut raya dr seorang peminat dari Johor... OMG! Rasa mmg terharu sgt2... terharu gila la kiranya... Siap pos dr Johor biskut Almond London, Coklat yang berukiran nama sya + y lain tu x sure nama biskut apa, snow almond kut?

NurDyRaaaa.... Thank You sooo much dear, awk betul2 bt saya rasa mcm artis la, sy hargai sgt2, sedap biskut awk, next year boley anta lg... heh...heh...heh...

Kiranya sy consider biskut+coklat tu as my birhday present jugaklah coz birthday sy awal puasa hari tu... Kesudian peminat mcm Dyra inilah y bt sy semangat nak menulis lagi... Saya sayang+hargai sokongan anda ini! Love U...

MMMuuaaaKKksss...

SELAMAT HARI RAYA!

cOKLAT Hadiah Dari Dyra... Tq Darling!!!


Sunday, August 14, 2011

terCipTa uNtuKku -bab 2-

“BYE…!!!”

Kedua-dua anak kecil itu melambai-lambaikan tangannya. Ketawa riang tika menghantar tetamu tersebut sehinggalah tamu itu hilang dari pandangan. Apabila pasti bahawa kereta Nissan Fairlady berwarna jingga itu sudah tiada, barulah kedua-duanya berlari masuk ke dalam rumah. Berlumba ingin melihat siapa yang terlebih dahulu menjejakkan kaki ke dalam rumah. Riuh-rendah apabila masing-masing tidak mahu mengalah. Bunyi suara dua orang ini saja sudah boleh mengalahkan suara berpuluh yang lain.

“Huda main tipu! Mimi belum kira Huda dah lari,” kata Nurul Aimee apabila kakaknya meraikan kemenangan.

“Mimi lembap! Mimi tembel! Mimi terkedek-kedek…” ejek si kakak pada adiknya. Tak cukup dengan suara mengejek, ditambah pula dengan mimik muka yang sengaja hendak menyakitkan hati.

Berasa berang apabila diejek, terus saja Nurul Aimee menolak kepala kakaknya. Dia berlari apabila Nurul Huda mengangkat tangan hendak memukul sebagai tindak balas. Mereka saling berkejaran dengan mulut masing-masing tak henti-henti mengejek satu sama lain.

“Diamlah! Bisingnya…!” Anum menjerit kuat apabila tidak tahan dengan suara bingit kedua-duanya.

“Memekak ajalah kau orang ni!” sekali lagi Anum menyergah. Menjerit-jerit macam pontianak! Nak pecah gegendang telinga ni menahan suara nyaring budak dua ekor ni.

Terkejut apabila disergah kuat, terus terdiam dua beradik tersebut. Mereka kemudiannya berlari mendapatkan ayah dan ibu mereka yang sedang duduk di ruang makan. Sekejap kemudian, muncul kedua-dua mereka sambil diiringi ayah dan ibu tersayang. Tak lupa juga adik kecil yang masih berada dalam dukungan ibunya. Baby lelaki yang sedang seronok menghisap puting di mulut.

“Danny dah balik ke?” soal Fazliana, kakak ipar Anum merangkap ibu kepada tiga anak kecil tadi.

Anum mengangguk. Sambil-sambil itu dia curi-curi memandang pada perut Fazliana yang sedang membuncit. Entah kenapa Anum berasa jelik pula melihatnya. Jelik bukan kerana tak suka hendak menerima kelahiran anak saudara yang baru, cuma baginya masanya terlalu cepat. Si kembar dua orang tu baru saja mencecah angka empat tahun, si Darwish yang berada dalam dukungan tu pun baru saja pandai belajar sendiri. Itupun masih lagi lesen L, gerak dua tiga langkah, jatuh. Selangkah dua menapak dah jatuh lagi. Belum berada dalam kategori lesen full untuk berjalan, sekarang ni abang dan kakak iparnya akan menimang cahaya mata yang baru lagi.

Apa salahnya jika mereka berehat dulu seketika untuk menimang cahaya mata? Apa salahnya jika tunggu sehingga budak-budak tiga ekor tu besar sedikit? Sudahlah perangai lasak si kembar Nurul Huda dengan Nurul Aimee tu pun tak terlarat nak control, nak jaga si Darwish lagi. Sekarang ini mahu ditambah seorang lagi? Kalau dibuatnya yang dalam perut tu pun kembar juga, macam mana? Dah macam anak ayam semuanya. Aduh… berderet-deret! Kut ya pun dua-dua subur sangat, berpada-padalah sikit. Bukannya tak ada cara nak merancang keluarga. Kahwin baru masuk lima tahun anak pun nak lima juga ke? Gelojoh betul la…

“Ibu, tadi Tisha marah… dia jerit kuat sangat macam hantu!” adu Nurul Huda pada ibunya sambil memandang Anum dengan wajah yang mencebik. Mulutnya sengaja dibentukkan panjang. Tisha – gelaran yang dipanggil oleh kedua-dua anak saudara pada Anum. Ti mewakili auntie, manakala Sha singkatan bagi Danisha. Digabungkan menjadi Tisha.

“Suara Huda dengan Mimi lagi kuat. Lebih kuat daripada suara pontianak!” Anum membalas kata-kata Nurul Huda sebentar tadi. Sambil itu dia turut menjelir lidah apabila Nurul Huda dan Nurul Aimee berbuat begitu padanya.

Fazliana hanya tersenyum melihat Anum yang seolah-olah tidak mahu mengalah walaupun hanya dengan budak yang baru berusia empat tahun. Umur sudah masuk dua puluh lapan, tapi perangai tak macam orang yang seusia dengannya. Tak boleh nak mengalah, kuat merajuk, sensitif dan paling utama panas baran. Walaupun baru beberapa tahun Fazliana menjadi kakak ipar Anum, namun dia sememangnya sudah memahami dan masak benar dengan segala perangai adik iparnya ini.

“Anum, duduk dulu ya? Abang nak keluar pergi kedai kejap,” Iqram Dzaify, abang sulung dan satu-satunya abang yang Anum ada, mengambil wallet dari meja kopi lalu dimasukkan ke dalam poket. Dia mendukung Nurul Aimee dan kemudian tangan kanannya memimpin pula Nurul Huda. Langkahnya kemudian diikuti oleh Fazliana di belakang.

“Kak Ana pun ikut sekali ke?” soal Anum apabila melihat Fazliana menuruti buntut abang Iqram.

Fazliana mengangguk.

“Kalau macam tu Anum tak payah tunggu sinilah. Anum balik terus,”

“Eh, tak tidur sini ke?” soal Iqram kehairanan.

Anum menggeleng. Terus saja dia bangun dari sofa lalu mencapai tas tangan. Nak tidur sini? Kirim salam!

“Laah, duduklah dulu. Kita orang keluar sekejap aja. Dah lama Anum tak balik sini. Akak pun rindu nak borak-borak panjang ni…” sampuk Fazliana pula.

Sekali lagi Anum menggeleng. “Lain kali Anum datang kita boleh borak lagi. Anum nak balik cepat, ada kerja…”

“Alah… janganlah balik lagi… tidur sini eh?” tambah Fazliana lagi.

“Tak naklah!” Anum masih lagi menggeleng.

“Kita orang nak keluar beli susu kejap aja. Sepuluh minit pun tak sampai. Tunggulah sekejap…” tambah Fazliana. Masih tidak berputus asa untuk memujuk Anum supaya duduk dengan lebih lama di situ. Baru saja dia hendak menambah ayat namun suaranya tak sempat keluar sudah dipotong oleh satu suara garau.

“Kalau dia tak nak, tak payah nak dipaksa-paksa!”

Satu suara muncul dari tengah rumah. Kesemua mata dihalakan pada kelibat lelaki yang sedang turun menuruni tangga dengan perlahan. Kedengaran batuk-batuk kecil yang mengganggu pergerakannya.

“Nak balik rumah bukan main payah, bila dah duduk sekejap langsung panas punggung!” kata lelaki itu lagi sambil mengurut sedikit dadanya. Sampai di bawah, terus saja lelaki berusia awal enam puluhan tersebut duduk di sofa. Tangannya mencapai remote control lalu dia menekan punat. Beberapa saat saja sudah kedengaran suara televisyen dimainkan.

“Orang kalau tak sudi nak balik rumah, dipaksa macam mana sekalipun dia tetap tak nak jugak,” katanya lagi.

“Aku pun tak paksa orang datang melawat aku kalau orang tu tak hingin!” tanpa melihat kepada batang tubuh orang-orang yang sedang berdiri memandang, lelaki tua itu terus saja tekun melihat siaran televisyen yang sedang memainkan berita jam sepuluh.

Anum mengetap bibir. Tahu siapa orang yang dimaksudkan oleh ayah itu. Anum kemudian berkalih memandang Iqram dan Fazliana. Kedua-duanya turut memandang ke arahnya. Diam tidak bersuara apa-apa.

“Belajar tinggi-tinggi, kerja pangkat besar, tapi dengan orang tua sendiri pun tak tahu nak jaga hati!” kedengaran suara bebelan tidak putus-putus lagi.

“Abang Iqram, kak Ana… Anum balik dulu la...” Anum berkata sedikit perlahan. Diketap bibirnya kuat. Bimbang sekiranya akan terus mendengar bebelan serta rungutan yang akan menambahkan rasa sakit hati sekiranya terus berlamaan di situ.

“Nantilah dulu, Num…” Iqram cuba untuk bersuara.

Tak apalah… Anum nak balik! Thanks for a lovely dinner,” Anum menyampuk dengan suara yang semakin mendatar. Cepat-cepat dia mengatur langkah keluar. Tak sempat-sempat nak bersalam dengan semua orang. Pasangan kembar yang menghulurkan tangan tanda mahu bersalaman juga langsung tidak dihiraukan. Tidak seperti selalu di mana lazimnya dia akan bersalaman dengan mereka, memeluk serta menguncup pipi kedua-duanya.

Kali ini dia tidak sempat melakukan itu semua. Yang dia tahu, dia hanya mahu cepat-cepat beredar dan keluar dari rumah tersebut. Dadanya berombak kuat. Panggilan Fazliana langsung tidak diendahkan. Terus saja dia melompat masuk ke dalam perut kereta dan dalam beberapa saat saja kereta Nissan Murano kelabu mengaum meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat tersebut.

Anum menekan punat radio lalu dikuatkan agar suara muzik dapat memenuhi segenap ruang. Mengharapkan agar suara radio yang berkumandang tersebut dapat menenangkan sedikit hati. Dia menjerit-jerit sekuat hati mengikut lirik lagu yang sedang dimainkan. Namun sayangnya cara itu tidak juga dapat menahan air mata dari terus mengalir. Sedu-sedan sudah mulai kedengaran. Matanya berkaca-kaca hinggakan mengganggu penglihatan untuk melihat ke arah jalan raya. Akhirnya kereta terpaksa dihentikan di tepi jalan raya. Anum menangis semahu-mahunya. Ditekap muka ke stering kereta lalu dia menjerit kuat.

Itulah! Aku dah cakap tak nak balik rumah tu. Kenapa balik jugak? Aku dah cakap tak payah sibuk-sibuk nak makan malam dekat situ. Pergi juga! Kan dah sakit hati?!

Ini semua Danny punya pasal!

Dari malam tadi sewaktu makan malam bersama, masuk pejabat pagi tadi sampailah ke petang, kerja si Danny tu tak ada lain asyik memujuk dia supaya pulang ke rumah untuk makan malam bersama dengan ayah dan abang Iqram. Katanya, mereka semua turut ingin meraikan berita gembira kenaikan pangkatnya.

Ah, itu semua alasan! Bukannya mereka semua tu gembira sangat. Buat-buat berlakon aja!

Puas dia menolak, puas dia berdalih, tapi bila Danny dah memaksa memang susah nak menolak. Katanya dia sudah berjanji dengan abang Iqram bahawa mereka berdua akan datang makan malam bersama di rumah. Urgh!! Pandai-pandai sangat membuat janji siapa suruh? Tak pasal-pasal aku jugak terpaksa mengikut. Apalagi bila sudah ditambah dengan mendengar suara Huda dan Aimee yang menelefon bertanyakan kehadirannya siang tadi. Terpaksalah dia mengalah. Dia terasa rindu juga nak berjumpa dengan si kecil dua orang tu. Mereka sajalah keluarga dia yang ada. Segarang-garang dia pun, si kenit dua orang tu tetap juga anak buah kesayangannya. Jadi, akhirnya dia setuju dan sanggup untuk pulang makan malam bersama.

Anum mengesat pipinya. Bukan dia sengaja tidak mahu balik. Dan bukannya dia tak ingin lagi hendak menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Di rumah itulah dia dibesarkan. Di rumah itulah terletak segala kenangan zaman kecilnya. Tetapi apabila mengenangkan ayah, termati langsung niatnya hendak balik menjenguk. Berat sungguh kakinya hendak melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Kenapa abang Iqram tak pindah saja dari situ? Bukannya dia tak ada duit. Gaji besar, pangkat tinggi. Takkanlah tak mampu nak beli rumah sendiri? Kata dah jadi doktor bedah, takkan tak boleh nak hidup berdikari dengan keluarga sendiri? Kalau abang Iqram duduk di luar kan bagus? Tak adalah susah dia hendak pergi melawat Huda dan Aimee. Tiap-tiap minggu pun dia sanggup datang bertandang. Ini dah ada anak bini pun masih nak tinggal serumah dengan ayah lagi. Dah besar panjang, dah jadi bapak orang pun masih tak boleh nak berenggang dengan ayah. Sepanjang masa asyik duduk bawah ketiak ayah.

Menyampah!

Agaknya kalau suruh pilih antara isterinya dengan ayah, belum pasti kak Fazliana akan menang. Belum pasti lagi abang Iqram akan pilih dia dan membelakangkan ayah. Abang Iqram tu memang anak ayah! Anak emas ayah! Bukan macam aku. Abang Iqram anak manja ayah dan aku pula anak yang tidak disukai ayah. Memang dari kecil sampailah mereka berdua dewasa, ayah memang tak pernah sayangkan aku seperti mana ayah sayangkan abang Iqram. Jangan kata sayang, entah-entah ayah sendiri malu nak mengaku yang aku ni anak dia!

Argh… kalau macam tu lain kali aku tak payah balik langsung. Ayah bukannya kisah pun. Abang Iqram ada, ayah peduli apa aku balik atau tidak.

Lepas ni jangan harap aku nak balik lagi!

Tak mungkin!

Never!

terCipTa uNtuKku -bab 1-

CONGRATULATIONS!!!

Terdengar tepukan yang bertalu-talu diiringi dengan ucapan tahniah sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam bangunan dua tingkat tersebut. Tak habis-habis tepukan gemuruh diberikan oleh kesemua mereka yang berada di situ. Begitu juga dengan ucapan tahniah yang datang tak putus-putus.

Congrats Ad! Lepas ni you jangan lupa open table tau…” tangan dihulurkan sebagai tanda ucapan tahniah serta diiringi dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir.

Dia yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga lambat-lambat mengangkat tangan dan menyambut huluran salam tersebut. Namun begitu, dibibirnya tetap juga terselit senyuman lebar. Dengan mata yang membulat, dia memandang Melinda yang berada di sebelah. Gadis itu turut tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan berulang-ulang kali.

“Ad… janganlah besarkan biji mata tu lama-lama… bukan main terbeliak lagi!” usik Melinda.

“Kau sepatutnya kena control cun! Berikan satu ekspresi muka yang sangat ayu dan cantik bagi seorang vice president yang sedang diraikan sekarang ni…” kata Melinda lagi disertai dengan ketawa kecil apabila melihat wajah sahabatnya yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.

Is this for real? Atau you all sengaja nak main-mainkan I ni?” katanya dengan rasa tidak percaya yang masih berbaki. Seboleh-bolehnya dibulatkan anak mata tanda tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

“Hei… nak main-mainkan apa pulak? Babe… Kalau benda lain maybe… tapi benda besar macam ni, seriously… you ingat rajin sangat ke semua orang dalam ofis ni berpakat nak berlakon time petang-petang macam ni?” Kali ini Melinda pula membulatkan matanya yang sepet itu.

Dia menyengih. Betul juga kata-kata Melinda tu. Lantas, pandangannya dihalakan pada kain rentang yang terbentang tinggi di dinding pejabat. Ternyata, memang benar dia tidak bermimpi. Percaya atau tidak, kain rentang berwarna putih tersebut dengan jelas tertulis namanya – Anum Danisha – sebagai naib pengerusi syarikat yang baru. Satu jawatan yang sememangnya menjadi rebutan selama ini!

Lama dia memerhatikan kain rentang yang dihiasi tulisan berwarna-warni tersebut. Tidak berkelip-kelip. Dan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit rasa tidak percaya mulai menghilang dan rasa gembira pula mulai bertambat di dalam hati. Ternyata dia tidak bermimpi. Sesungguhnya jelas dan nyata, bahawa jawatan yang diidam-idamkan selama ini akhirnya berjaya berada di dalam genggaman. Wah! Seronoknya!!!

“Kejap lagi Danny akan buat official announcement depan semua staff. After that it’s your turn to make a first speech as our new vice president,” kata Melinda lagi dengan muka yang tersengih-sengih. Nampak benar yang gadis itu juga teruja dan seronok dengan berita tersebut. Walaupun bukan dirinya yang terpilih untuk mengisi jawatan panas tersebut, namun sebagai teman rapat lagi kamceng dengan Anum, sudah tentu dia turut menumpang rasa gembira dan seronok. Kalau sekali tengok, nampak macam Melinda pula yang terlebih exited daripada tuan punya badan. Minah ni, memang selalu over excited!

“Ha... tu Danny dah ready nak buat pengumuman!” jerit Melinda teruja ketika melihat ketua mereka sedang bersiap sedia membetulkan tali leher dan mengangkat tangan sebagai tanda meminta kesemua yang ada supaya diam dan memberikan ruang untuknya bercakap.

“Ladies and gentleman… as you know since we decide to restructure our company, jawatan untuk vice president memang sengaja dikosongkan dahulu buat sementara untuk memberi I masa memilih calon yang terbaik. I tahu jawatan ini sangat panas dan selagi I tak decide nak pilih siapa, selagi itu hidup you all semua tak tenteram kan? Nak tidur pun tak lena, mandi pun tak basah, cuma makan saja yang masih berselera. Especially kalau ada makan free macam hari ni kan…”

Mereka semua ketawa mendengar jenaka yang diucapkan oleh ketua mereka itu.

Danny menyambung kembali, “Bukan senang untuk I pilih seorang di antara semua yang ada di sini. You all semua bagus dan ada potensi masing-masing. But in the end I have to choose, right? Nak tak nak, I kena buat juga satu keputusan. So I harap bagi mereka yang tidak terpilih tu janganlah sakit hati atau merajuk… setakat nak marah-marah sayang tu bolehlah…”

Sekali lagi mereka ketawa kecil.

“Tak terplilih doesn’t mean that you tak bagus. Mungkin nasib saja yang tidak menyebelahi. Semua yang ada di sini adalah yang terbaik. Tak kisahlah sama ada you ni kerani, eksekutif ataupun sekadar pembantu pejabat, tapi bagi I semua staff-staff I adalah bagus dan berwibawa,” Amboi… manis sungguh kata-kata ucapan itu. Tersenyum-senyum dan terangguk-angguk kesemua yang sedang tekun mendengar.

So I just pick someone best from the best. Jadi sekarang, untuk tidak membuang masa… I announce you our vice president, Miss Anum Danisha. Please give a big clap for her…” satu tepukan yang agak gemuruh kedengaran sebaik saja nama Anum Danisha diumumkan.

Ahmad Dhani, atau selama ini lebih senang dipanggil Danny oleh kesemua mereka di pejabat, mendepangkan tangannya lalu memberi isyarat kepada Anum supaya menghampirinya. Walaupun dengan perasaan yang berdebar-debar, Anum tetap tersenyum lebar lalu mengatur langkah yakin mendapatkan Danny. Huluran salam tahniah dari lelaki itu disambut mesra lalu lelaki itu beralih sedikit ke tepi. Memberi peluang pula pada Anum untuk memberi sepatah dua kata sempena kenaikan pangkatnya ini.

Thank you… thank you…!”

Anum menjerit sedikit bagi melawan bunyi sorakan dan tepukan yang tak putus-putus dari teman-teman sepejabat. Di bibir pula masih tak putus-putus terukir senyuman yang lebar bagi menzahirkan rasa gembira dan bangga yang terbit di dalam hati.

“What can I say ya? Hmmm…” Katanya ketika suasana sudah mulai aman bagi memberi ruang untuk dia bersuara. Anum sedikit mengumam dan menunduk memandang lantai. Digenggam erat jari-jemari yang mulai basah menahan gemuruh. Mencari-cari ayat yang wajar diucapkan di hadapan semua yang sedang memerhati ketika ini. Suasana sunyi seketika.

“Oh my god… I’m speechless! First time I rasa takut nak tengok muka you all sekarang ni,” kata Anum sambil disambut dengan tawa kecil mereka yang lain. Dia juga yakin yang wajahnya ketika ini pastinya sudah mulai kelihatan merah menahan gemuruh dan berulang-ulang kali dia terpaksa menarik nafas panjang dan dalam bagi meredakan rasa berdebar di dalam hati. Tangan juga berkali-kali mengurut dada dan menggaru-garu kepala.

Anum yang jarang sekali mempunyai darah gemuruh boleh pula secara tiba-tiba berasa berdebar-debar dan tidak dapat berkata-kata. Mungkin ia disebabkan oleh rasa terkejut dengan berita ini secara tiba-tiba. Selama ini, dia memang tidak pernah terfikir bahawa jawatan tersebut akan menjadi miliknya. Dikejutkan tiba-tiba dengan berita gembira sebegini, ternyata membuatkan lidahnya kelu dan otak rasa tersumbat untuk berfikir apa-apa sekalipun.

Apabila debaran dapat dikawal sedikit, barulah dia boleh mulai bersuara, “Oklah… firstly I really need to say thank you very much to you, Danny…” tangan dihalakan pada lelaki yang segak berbaju kemeja biru muda yang berdiri tidak jauh darinya. Hanya beberapa tapak saja jaraknya.

Thank you for believing me and also because giving me this big opportunity to prove myself. I janji Danny, I will make you proud and will never let you down. I promise! So once again, thank you sooo much…” tak putus-putus Anum memberikan ucapan terima kasih. Sesungguhnya dia memang amat berterima kasih pada Danny kerana telah memberikan kepercayaan sebegini besar padanya.

Senyuman yang paling lebar Anum hadiahkan pada lelaki itu. Danny turut membalas senyumannya itu sambil sempat juga memberikan satu kenyitan nakal. Membuatkan Anum ketawa kecil. Sempat lagi mamat ni… tak malu ke budak-budak ofis ni nampak kenyitan miang dia tu…

And for you guys…” lantas ucapan Anum bertukar arah kepada teman-teman sejawatnya yang lain pula.

“I harap sangat kita akan dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi lepas ni,” Ramai yang mengangguk mendengar kata-kata tersebut.

“Semoga dengan kerjasama kita, company ini akan bertambah maju, bertambah success dan InsyaAllah akan berkembang dengan lebih pesat. Sebab I percaya, kalau company bagus, kebajikan pekerja pun akan bagus dan gaji semua orang pun akan bertambah-tambah bagus! Right? And hopefully biarlah syarikat saja yang bertambah maju dan berkembang tau, jangan badan masing-masing pula yang bertambah kembang!” Anum cuba untuk berseloroh sedikit dan ternyata gurauan tersebut disambut dengan tawa kecil oleh mereka semua.

“Ok, I rasa itu sajalah… I tahu semua orang pun dah tak sabar-sabar nak makan ni. Bau satay pun dah menusuk-nusuk hidung ni… So, please enjoy your meal. Thank you…” Anum terus saja mengakhiri ucapannya yang ringkas dan sekali lagi dia diberikan tepukan gemuruh oleh kesemua mereka yang berada di situ. Cepat-cepat Anum beredar dan terus mendapatkan Melinda yang berdiri di tengah-tengah para pekerja yang mulai sibuk hendak menjamu selera. Sesekali langkahnya terhenti apabila ada yang menyapa dan memberi ucapan tahniah.

“Itu aja? Is that the best thing I can hear from someone yang baru saja dinaikkan pangkat jadi naib pengerusi syarikat? I was expecting more than that, Ad!” kata Melinda sedikit tercengang apabila Anum sampai mendapatkannya.

Anum ketawa. Turut menggeleng-gelengkan kepala.

Well, what else can I say? I terkejut gila, babe! I tak sangka Danny akan pilih I. I though he will choose Big. Mati-mati I ingat I kalah dengan budak India tu…” balas Anum bagi menerangkan tindakannya yang memberi ucapan ringkas sebentar tadi.

Dalam keadaan terkejut, memang tiada satu ayat pun yang mampu untuk difikirkan bagi diucapkan dihadapan berpuluh-puluh orang yang sedang menumpukan sepenuh perhatian sebentar tadi. Lainlah sekiranya dia sudah diberitahu terlebih dahulu. Pastinya awal-awal lagi dia akan menyediakan sebuah ucapan yang lebih baik berbanding tadi. Silap-silap haribulan, sampai setengah jam pun belum tentu ucapannya akan berakhir. Agaknya itu sebablah Danny tak nak beritahu awal-awal terlebih dahulu. Mungkin dia tahu yang semua orang akan bosan mendengar ucapannya yang panjang-lebar. Termasuklah Danny sendiri.

“Tak sangka? Yelah tu…” Melinda mencebir sedikit.

“I ni awal-awal lagi dah jangka you yang akan dipilih. Between you and Big, takkanlah Danny sanggup nak lupakan you. Tak mungkin…” tangkis Melinda menggeleng sedikit sambil meneguk minuman. Dia mengangkat sedikit keningnya lalu memberi isyarat mata bahawa ada seseorang yang sedang menghampiri mereka.

Hai girls…” terdengar suara Danny menegur mereka berdua.

“Hai Bos…” Melinda mendahului Anum membalas sapaan lelaki itu.

“I nak ucapkan terima kasih pada bos sebab belanja satu ofis makan percuma hari ni. Ada satay, ada kek, kuih, buah-buahan dan macam-macam lagilah! Untungnya kalau jadi orang kesayangan bos ya? Jelous I…” kata Melinda dengan tersengih nakal sengaja hendak mengusik.

Danny hanya ketawa kecil tanpa membalas usikan tersebut sebelum Melinda kemudiannya terus saja meminta diri dengan alasan hendak mengambil makanan. Mungkin dengan niat sengaja hendak meninggalkan Anum dan Danny berdua sahaja.

Surprise?” soal Danny sebaik saja Melinda melangkah meninggalkan mereka.

Anum mengangguk laju.

Really surprising me… kenapa you tak cakap awal-awal masa kita balik dari meeting tadi? Sampai ofis saja semua orang dah ready, buat I terperanjat aja tau…” kata Anum sambil menjeling sedikit. Menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan lelaki itu tidak memberitahu awal-awal tentang berita kenaikan pangkat ini. Masakan Danny tidak tahu? Jawatan inikan dia sendiri yang pilih, jadi sudah tentu juga dia tahu bahawa mereka semua sedang menunggu mereka pulang dari mesyuarat bagi meraikannya bersama-sama.

“Saja… I memang nak buat kejutan untuk you…” Danny membalas sambil tersenyum-senyum.

“You buat surprise sampai I jadi tak boleh nak bercakap tau! Nasib baik I tak pengsan. Buat malu aja semua orang tengok I terpinga-pinga tadi…”

Danny ketawa kecil. “I think you doing great just now, Ad… At least dapat juga semua orang dalam ofis ni tengok macam mana singa betina yang garang selama ni tiba-tiba boleh jadi kelu tak boleh nak bercakap apa-apa bila dalam keadaan terperanjat…”

Sekali lagi Anum menjeling. Tetapi kali ini disertai dengan mulut yang terjuih sedikit. Dia mencebik. Sedikit terasa dengan kata-kata Danny sebentar tadi. Singa betina – satu gelaran yang sering kali dia terdengar diucapkan oleh para pekerja di situ. Gelaran yang sama sekali tidak disukai olehnya. Iyalah, siapa yang suka jika digelar begitu, kan? Semua orang pun tak suka! Menyampah betul bila mendengar mereka memanggilnya dengan gelaran sedemikian. Singa betina? Tengoklah nanti, kalau aku bertukar jadi singa betul-betul lepas tu baham seorang demi seorang, baru tahu!

“So, dinner at eight tonight?”

Anum memandang Danny dengan ekor mata. Baru saja lelaki itu membuatkan hatinya terasa tadi, tetapi sekarang hendak mengajak dia keluar makan malam pula. Tak hingin…

Anum menggelenggkan kepala. Tanda tidak menerima pelawaan Danny untuk makan malam bersama.

“Kenapa? Takkan you tak sudi nak keluar makan dengan I bila dah jadi vice president ni?” soal Danny lagi dengan sedikit nada perli.

Anum memandang Danny sekilas lalu menjeling tajam. “I baru jadi vice presiden. Kalau nak eksyen dengan you pun, tunggulah I gantikan tempat you sebagai president company ni nanti…”

Danny ketawa kecil. Kepalanya terangguk-angguk sedikit. “Kalau you nak jadi president mungkin agak mustahil, tapi kalau you teringin nak jadi isteri kepada presiden, peluangnya memang seratus-peratus cerah…”

“Alamak… ni dah mula dah ni…” balas Anum perlahan sambil memanjangkan leher ingin mencari kelibat Melinda. Kata-kata Danny sebentar tadi sudah mula membuatkan dia ingin angkat kaki dari situ.

“So I ambik you pukul lapan malam ni? Kita celebrate sama-sama sempena you naik pangkat,” sekali lagi Danny mengajak.

Dan sekali lagi juga Anum menggeleng. “Nothing to celebrate, Danny… kita dah buat makan-makan dekat ofis ni pun dah cukup. Tak payah nak keluar makan lagi. Wasted,”

“No… no! I insist… kalau bukan nak celebrate apa-apa pun I memang nak ajak you keluar makan malam ni. I pick you up ok?”

“Danny…”

Baby….” Belum sempat Anum hendak bercakap, suaranya sudah dipotong oleh Danny. Dengan pandangan yang tajam dia memandang wajah Anum.

“I ambik you pukul lapan. No excuse! I dah book dinner untuk kita malam ni,

Anum memandang wajah Danny. Begitu juga sebaliknya. Mereka saling memandang wajah masing-masing. Beberapa saat adegan pandang-memandang itu berlaku. Seperti sedang bertarung siapa yang akhirnya akan mengalah terlebih dahulu dan ternyata, akhirnya Anum juga yang terpaksa mengalah. Tidak mampu hendak melawan pandangan mata Danny yang tajam-menikam itu.

“Oklah… you are my boss, right?” kata Anum tanda kekalahan.

“Kang kalau I melawan, tak pasal-pasal kena tarik balik pulak pangkat yang I baru nak merasa ni…”

Tersengih-sengih Danny apabila mendengarkan kata-kata dari mulut Anum itu. Dia tersenyum lebar tanda berpuas hati apabila Anum terpaksa mengalah dengan renungan tajam darinya sebentar tadi. Dan pastilah senyuman lebar itu juga disebabkan kerana Anum akhirnya terpaksa mengalah dengan pelawaannya untuk makan malam bersama malam nanti. Sekeras-keras nak menolak pun terpaksa menurut juga akhirnya…

So can I leave now? Perut I dah berbunyi minta diisi. Takkan nak suruh I puasa sampai kita keluar malam ni kan? You pergilah layan staff-staff yang lain. Nanti dia orang ingat singa betina ni dah rantai kaki you sampai tak boleh nak pergi tegur orang lain pulak,” kata Anum masih diselangi dengan jelingan tajam. Entah kenapalah dia seringkali kalah dengan renungan tajam lelaki itu. Selalu nak bertahan dan melawan, tapi sampai sekarang masih belum mampu. Memang sejak dari dulu.

“Ok. See you tonight then…” lelaki itu membalas lembut. Sempat lagi mengenyit nakal. Namun Anum membalas dengan wajah yang penuh bersahaja. Tiada berereaksi. Seolah-olah tidak berperasaan. Jangan kata nak berbalas senyuman, kelip mata pun tidak. Berdiri tegak macam batang pokok yang kekeringan daun. Toyer je muka…

Danny berlalu dengan senyuman yang masih basah menghiasi bibir. Anum hanya memerhatikan dengan ekor mata melihat ketuanya itu berjalan menghampiri sekumpulan pekerja yang lain lalu berbual-bual dengan mereka. Ramah dia menegur dan selang beberapa saat, kesemua mereka bersorak dan masing-masing ketawa besar. Entah apalah agaknya yang dikatakan oleh Danny hinggakan mereka semua terasa lucu dan ketawa mengekek-ngekek. Satu situasi yang bukannya jarang untuk dilihat. Memang benda yang tidak asing lagi pada penglihatan Anum.

Memang Anum terpaksa mengakui yang Danny itu begitu mudah sekali hendak bermesra dengan sesiapa sahaja. Kita campaklah dia di mana saja, bukan perkara sukar untuknya mendekati sesiapa dan dalam lima minit sahaja, pasti kita akan menjadi rapat dengannya. Ada saja topik yang boleh membuatkan orang membuka mulut dan bercerita. Dan memang begitulah juga keadaannya ketika di pejabat. Kalau dia ada dekat pejabat, memang rajin sangat ajak orang berbual. Kalau bukan soal kerja, soal lain pun tak jadi masalah. Apa saja, dia boleh bercakap mengenainya.

Mengenali Danny, bagi Anum lelaki itu biasanya lebih bersifat seperti seorang kawan berbanding seorang ketua. Dengan mana-mana pekerja dia boleh bergurau dan melepak bersama. Dia seorang yang sangat berfikiran terbuka, peramah dan sentiasa suka membantu. Very friendly and down to earth. Mungkin disebabkan itulah ramai pekerja yang boleh bertahan lama bila bekerja di sini. Ada yang bekerja sejak dari awal penubuhan syarikat ini dan sehingga kini sudah enam tahun masih lagi setia menabur bakti. Ahmad Dhani Bin Mazlan – bos yang sentiasa merendah diri dan menjaga setiap kebajikan pekerja. Oh lupa nak cakap dekat pangkal Mazlan tu patutnya ada perkataan Dato’. Bukan Mazlan, tapi Dato’ Mazlan, ok? Walaupun anak orang berada, tak pernah berlagak. Cool aja orangnya. Jarang ada majikan seperti dia di dunia realiti di luar sana kan?

Cuma satu saja yang Anum tak berapa berkenan dengan sikap Danny tu. Dia seorang yang jarang bersikap serius. Seringkali menganggap semua perkara adalah remeh dan mudah. Baik soal peribadi mahupun melibatkan kerja. Ada pernah sekali tu, salah-seorang pekerja telah menyebabkan syarikat kehilangan projek yang bernilai berpuluh ribu, namun sikit pun Danny tak marah. Dia hanya menegur sedikit, memberi nasihat dan kemudian langsung tidak membuka cerita itu lagi. Sakitnya hati! Macam tu aja? Bagi Anum, pekerja yang cuai dan lalai begitu seharusnya diajar sedikit. Mereka harus dimarah, diherdik dan ditengking, barulah mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi. Paling ringan pun mereka seharusnya menerima surat amaran tentang prestasi kerja.

Tapi Danny? Danny tak ambil pusing tentang itu semua. Dia tak kisah langsung pun. Baginya semua benda tu tak penting. Jika ada rezeki, adalah… jika tidak, nak buat macam mana? Mungkin dah jadi rezeki orang lain. Kalau tak dapat projek tu pun bukannya syarikat ini akan muflis. Tak dapat pun tak apa. Tak heran… Ah, pemikiran anak orang kaya. Begitulah agaknya… semua benda dia boleh dapat dengan petik jari saja. Kalau syarikat ni tak dapat bawa masuk projek pun tak apa, bapak dia boleh tolong suntikan duit. Apa nak ditakutkan? Bila-bila masa saja Dato’ Mazlan iaitu bapa kepada Danny boleh menghulurkan seberapa banyak bantuan kepada anak lelaki sulungnya itu. Mejar bersara la katakan… duit pencen pun tak terhabis. Setakat nak tolong anak sendiri sepuluh dua puluh ribu tak mendatangkan kesan apa-apa pun dalam akaun orang tua tu…

Kerana itulah Danny tidak pernah serius. Kalau aku, dah lama pekerja tu kena maki. Kalau nasib tak baik, kena buang kerja terus! Tak reti buat kerja, nak simpan lama-lama buat apa lagi? Hai… nasib baiklah Danny tu bos. Kalau syarikat ni aku yang punya, dengan Danny sekali aku pecat…

Monday, May 9, 2011

PWTc 2011...

Haiz.... Lmbt upload pic masa bookfair ni... lambt sbb ingat nk tunggu en hubby edit sket kasi cun + comey muka bini dia ni, tp last2 en hubby tersangatlah sibuk smpai xde masa nk layan touch muka wife dia... aiyak!

So, last2 upload jelah sbb takut nt benda da basi... terima jelah hakikat y wajah anda ini takkan dpt ditouch up lagi... heh..heh..heh...

pape pun, memori di PwTc mmg xkanlah dpt dilupakan, hope we'll meet again next year! InsyaAllah... ;-D

PWTc 2011...


Teman2 seangkatan... penulis abg Khai tomboy, baru jek dpt result SPM (tercabar kut dgn bakat oang muda neh....)


Bersama-sama writers senior y pro lagi friendly... harap pesta buku jelah baru jumpa erk? setahun sekali da mcm raya la pulok....



Enjoy gila ngn dowang nie... Love u guys! heh..heh...heh...



2gether with Sari&Bikash... 2 oang kuat y rajin bekerja pada hari kejadian... well done, fellaz...


With Orkid+Big Boss fp, en Pakeer... best sb boss belanja buku free 1... TQ boss! next year blanje byk2 agi ya? ahaks!

Tuesday, May 3, 2011

tercipta untukku - ProLoG

“ASSALAMUALAIKUM…”

Diam. Tiada terdengar sahutan.

“Assalamualaikum!”

Sekali lagi salam diberi. Kali ini dengan suara yang lebih kuat dan nyaring berbanding sebentar tadi. Namun hasilnya masih juga sama. Tiada sahutan yang kedengaran bagi menyahut panggilan salam itu. Tetap juga sunyi sepi sama seperti tadi. Walau sudah berkali-kali kata salam diberi, walau berkali-kali pintu rumah diketuk, namun ia tetap tidak mendatangkan apa-apa hasil. Rumah itu masih lagi sepi, sunyi serta diam tidak bernyawa menandakan bahawa ia kosong tidak berpenghuni.

“Hello… anybody here?”

Apabila soalannya itu tidak mendapat reaksi daripada penghuni rumah lantas saja dia menggaru kepala. Berpaling memadang pada gadis di sebelah yang sedang turut sama meninjau-ninjau di sebalik jendela rumah yang tertutup rapat.

“Ad… are you sure this is the house?”

Laju saja kepala diangguk.

“Really?”

Sekali lagi mengangguk. Tanda pasti dengan anggukan pertama yang diberikan sebentar tadi.

“Habis tu kenapa macam tak ada orang pun dalam rumah ni… dah panggil berkali-kali, tak ada siapa yang keluar. Bagi salam pun tak ada siapa yang menyahut. Aku rasa tak ada orang yang tinggal dekat dalam rumah ni la…”

Wajah gadis yang kurus tinggi serta putih melepak itu dipandang sekilas. Kepala digelengkan. Tanda tidak bersetuju dengan kata-kata gadis itu. Masakan tiada orang yang tinggal di sini? Dia baru saja ke sini tempoh hari. Makan, melepak, tidur, mandi dan macam-macam lagi di sini. Bersama-sama dengan tuan punya rumah ini. Jadi, sudah tentunya rumah ini berpenghuni. Mungkin penghuninya sedang tidur. Kerana itu dia tidak mendengar kata salam yang diberi sebentar tadi. Atau mungkin juga dia keluar. Keluar sebentar ke kedai barangkali…

“Dia keluar pergi kedai kut,” lantas apa yang terlintas di kepala dilontarkan.

Terdengar keluhan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Pergi kedai apa? Takkan hari-hari setiap kali kita datang dia ke kedai? Semalam kita datang, dia tak ada rumah, kelmarin pun sama. Dan hari ni kita datang pun takkan dia keluar pergi kedai jugak. Fikir logik sikitlah Ad… dia bukan pergi kedai. Dia memang tak ada dekat sini. Rumah ni tak ada orang duduk…”

“Aku cakap ada, maknanya adalah Mel… kalau rumah ni tak ada orang duduk, habis tu yang aku datang sini dulu tu dengan siapa? Dengan hantu?”

Sekali lagi gadis itu mengeluh. Kali ini dia pula yang menggeleng-gelengkan kepala.

Mereka saling menjeling antara satu sama lain. Di dalam hati masing-masing terlintas rasa tidak puas hati. Kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza tentang keadaan rumah yang sedang terbiar sunyi itu. Yang seorang mengatakan bahawa rumah tersebut sememangnya kosong tidak berpenghuni manakala yang seorang lagi tetap juga dengan pendirian sebaliknya. Berkali-kali menegaskan bahawa tuan punya rumah itu pastinya akan muncul untuk menjawab segala persoalan.

“Assalamualaikum!!” untuk kesekian kalinya salam diberi. Sambil-sambil itu tangan kembali mengetuk pintu rumah. Berkali-kali sambil mengharapkan agar kali ini ada sahutan yang menyambut panggilan tersebut. Sesekali meninjau disebalik jendela yang tertutup rapat.

“Aduh…. Manalah dia pergi ni?”

Di dalam hati dia mengeluh. Mengesat sedikit peluh di dahi sambil mengetap bibir. Segala perasaan bercampur-baur di dalam hati. Rasa geram pun ada, rasa sedih dan marah semuanya menyelinap masuk. Sampai bila dia harus bersabar dan menunggu sehingga orang yang dicari itu muncul. Kesabarannya sudah benar-benar berada di tahap maksima sekarang ini. Sudah tidak boleh ditahan dan disabarkan lagi. Tak kira macam mana, orang tu harus keluar dan tunjukkan diri. Apa nak jadi pun, jadilah!

Sememangnya orang yang dicari itu harus muncul semula. Harus keluar dan harus berdiri di hadapannya serta sahabatnya itu. Kerana dengan kehadirannya sahajalah yang akan membuatkan segala apa yang dipertikaikan selama ini terungkai. Segala persoalan yang diajukan selama ini akan terjawab dan segala tanda-tanya yang melanda sebelum ini akan berakhir. Ya, sememangnya orang itu harus muncul dan menjawab segala-galanya! Wajib!

Dia mahu Melinda tahu bahawa dia tidak berdusta. Dia mahu Melinda melihat sendiri dengan mata kepalanya bahawa dia tidak mereka-reka cerita. Dia sememangnya pernah ke sini. Dia memang pernah masuk ke dalam rumah ini dan dia memang mengenali orang yang tinggal di dalam rumah ini. Dia mahu orang itu keluar dan membuktikan bahawa segala kata-katanya itu benar dan asli. Sememangnya ada orang yang tinggal di dalam rumah ini.

Namun hakikat selain dari untuk membuktikan pada Melinda ialah dia mahu mencari bukti bagi dirinya sendiri. Dia juga perlukan jawapan yang pasti. Dia juga mahukan kebenaran yang asli. Benar atau tidak, dia mahu tahu segalanya hari ini juga. Sudah tidak mahu menunggu lagi. Letih… dia sudah letih hendak menegakkan sesuatu yang sedikit demi sedikit seakan-akan memakan dirinya sendiri. Dia mahu orang itu keluar dan mengesahkan bahawa dia tidak gila! Dia tidak gila apabila menyatakan bahawa orang itu wujud dan hidup!

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

Nah! Kali ini salam tersebut menerima sahutan. Akhirnya… setelah berhari-hari ke sini, setelah berkali-kali pulang dengan rasa hampa, akhirnya kali ini kehampaan itu akan berakhir. Akhirnya…

Mereka memalingkan wajah. Memandang pada kelibat orang yang menyahut salam tersebut. Masing-masing memandang dengan wajah yang penuh mengharap. Mengharap agar kali ini biarlah orang yang berada di hadapan mereka akan menyelesaikan segala-gala masalah yang melanda selama ini. Pada hari ini, segala yang ditunggu-tunggu akan terlerai dan diselesaikan pada hari ini juga. Akhirnya, orang itu muncul semula. Muncul untuk memastikan bahawa apa yang diperkatakan selama ini adalah benar dan yang lebih penting lagi muncul untuk membuktikan bahawa dia sememangnya wujud dan bernyawa di bumi ini!

Monday, April 25, 2011

Buku baru...

baru je siapkan manuskrip y terbaru..

selama ni tak pernah post kt blog, terus je anta kt publisher, but this time nk try la post kt blog mana tau kut2 ok ke kan... lagipun trend skang ni mmg da asyik oang post kt blog je erk? so why not i pun try test jugak... huhuhuhuu....

i post the sinopsis dulula... can I???


TERCIPTA UNTUKKU...

Iskandar… macam nama yang dah biasa dengar. Common je nama tu. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Dekat dalam mana-mana drama, filem ataupun novel, memang dah banyak orang pakai nama Iskandar ni. Nothing special! Cuma yang special tentang nama tu kalau merujuk nama dalam Islam , Iskandar maksudnya nama seorang raja. Ya… dan Iskandar yang muncul dalam hidup Anum Danisha ini nampaknya memang telah menjadi lelaki yang beraja di dalam hatinya. Tak perlu orang tu nak mengorat susah-payah, baru pertama kali pandang muka aje, terus jatuh hati…

Tapi masalahnya sekarang… Iskandar yang dia gila-gilakan ini suka sangat main nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat orangnya. Bila kita cari, tak jumpa. Bila kita tak panggil, tiba-tiba dia ada depan mata. Sampaikan Anum Danisha jadi confius, Iskandar ini manusia ke hantu? Iskandar ini orang atau Bunian? Human or Vampire? Ha, Vampire? Boleh ke manusia macam dia ni bercinta dengan hantu puntianak…

Hei… apa pulak Vampire? Mana ada benda-benda tu semua dalam dunia ni? Itu semua cerita fantasi. Itu semua cerita khayalan dan itu semua cerita rekaan. Realitinya cuma satu - dia adalah lelaki yang tercipta hanya untuk Anum Danisha…

Tak percaya? Dia akan buktikan!!!

PBAKL 2011

pesta buku datang lagi....

Such a great time masa kat booth FP ari sabtu lepas... ramai gak oang y dtg&berjoli sakan. seronok gila tgk oang shopping buku bagai nak rak... keep supporting our local author rite? well done! tp sayang, memang x bawak kamera la... hopefully adalah mana2 pembeli y beli buku sy& amek gamba tu, akan sudi nak bg kt saya gamba y kowang snap tu... (huhuhuuu.... da bli bku nk suh bg gamba lg) aiyak!

Ok, hopefully sape2 y g pesta buku tu enjoy&moga pembelian anda semua akan berbaloi especially 4 those y beli bku saya... i really hope it's worth it!!! tq sooo much!!!

Wednesday, January 19, 2011

PenguMuMan... PenguMuMan..!!!

Ok all, ada few readers y email saya cakap cari buku DCK dekat kedai buku tp x ada, x jumpa, dah habis & mcm2 lg la... So, ingin saya beritahu di sini, let say kalau buku2 tue x ada, anda bolehlah mintak dekat customer service kedai tu utk order buku DCK sbb selagi tiada permintaan dari pihak kedai, maka pihak publisher xkan hantar buku2 tersebut...

Let say kalau nk order dgn saya pun boleh & direct order ngn publisher mcm FP pun boleh juga... ok? tq all...

Wednesday, December 22, 2010

HINGGA KE DISEMBER


Cinta yang biasa… Hanya itu yang menjadi impian Amilia. Bertemu, bercinta dan berkahwin. Simple! Tetapi mengapa impian yang sebegitu mudah terasa begitu sukar untuk dikecapi. Mengapa satu demi satu dugaan yang perlu dilalui semata-mata untuk mendapatkan sebuah kehidupan biasa seperti orang lain?

Dia tidak meminta Engku Fareez pergi, tetapi takdir yang telah membawa lelaki itu pergi jauh daripadanya. Dia juga tidak mendesak agar Haikal mencintainya. Lelaki itu sendiri yang datang menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Dan sesungguhnya, dia tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa, tetapi mengapa tidak putus-putus Engku Hazana membencinya?

Amilia ~ K. A. H. W. I. N. Perkataan yang paling tidak sedap untuk didengari pada masa, waktu dan ketika ini. Tambah-tambah lagi bila ada orang yang cuba bergurau tentang dia yang akan berkahwin tidak lama lagi. Geramnya!

Haikal ~ I tak mintak you lupakan Fareez. He's someone we will never forget for our entire life. Cuma yang I perlukan ialah sedikit ruang dan peluang dalam hati you. Berikan ruang untuk I buktikan cinta I pada you dan peluang untuk kita sama-sama bahagia. Kalau I dapat secebis daripada hati dan tempat dalam hati you tu pun I dah puas hati...

Adakah Disember ini akan membawa kebahagiaan untuk Amilia? Atau, adakah sekali lagi kekecewaan akan datang menjelma?

I'M BACKKKK!!!

Ya Allah... Giler Lama rasanya x update Blog neh... Nk kata Bz, takde la sgt tp mybe perasaan malas tahap 1000x y menyebabkan blog ni da x diupdate... Jgn Kata Update, bkk pun da jarang... urghhh... Pemalas!

So, Bila da Kuar je Novel baru ni barulah sibuk2 nk upadate blog semula, (LIfe is FuLL of ProPaganda rite?) Bila ada benda penting, barulah sibuk2 nk update apa kejadah sume y patut... hmmm...

K la, Story about my latest Novel, Hingga Ke Disember... Alhamdullilah... Kesinambungan Kisah cinta Amilia... Bagi mereka y mengikuti kisah Amilia y terpaksa berendam air mata kerana kehilangan Engku Fareez Danial, silalah dptkan naskah y terbaru ni erk, barulah tahu sama ada Amilia akhirnya akan beroleh kebahagiaan ataupun tidak... Nak tahu sama ada Haikal dpt memiliki Amilia ataupun watak Engku Fareez tu dihidupkan semula? Waa... Camana tu erk kalau watak Engku Fareez muncul semula? Dah jadi macam cerita hantu ke ni? Nk tahu jawapannya, silalah beli n baca n tentu-tentunya mengkritik buku saya tue... (Nk kutuk pun xde hal, open minded punya!) Ceh!

Ok all, nampaknya setakat itu saja untuk kali ini. Akhir kata dari pihak tuan punya blog, sila dapatkan novel Hingga Ke Disember dan Selamat berhibur! ;-)

Friday, September 3, 2010


SALAM LEBARAN DARI SAYA WANNIE NORDIN UNTUK SEMUA... DAH DAPAT DUIT RAYA NANTI, JANGAN LUPA BELI BUKU-BUKU NUKILAN SAYA... AHAKS! ;-)

ThaNk YOu GuYs...

Kepada Miza (Penang) Liza (KL) HazlyaNa (Kg Baru) WeNdy (Johor) & nAna (Kuala Kerai, KelaNtan).... Terima Kasih banyak2 kepada Anda Semua kerana sudi membeli buku2 hasil nukilan saya. HOPE IT'S WORTH IT!!! Semoga anda semua enjoy membaca SHE'S MINE, DISEMBER CINTA KITA & AKU YANG TERLUKA...
LOVE U GUYS! ;-D